Khamis, 2 Julai 2009

Ulamak Buta Perut........

Aku betul-betul tak faham lah. Katanya Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) dengan UMNO (yang dikemukakan oleh Presiden Pas Hj Hadi dan dianuti dengan taat oleh golongan yang mengaku ulamak dalam PAS) telah dibatalkan. Yakni tutup cerita!!! Tiada lagi UG.
Tapi aku rasa UG ini hanya ditangguh saja. Hanya untuk meredakan kemarahan ahli dan penyokong sahaja. Aku tidak yakin isu UG telah dibuang dari hati dan benak penganjur-penganjurnya kerana:-
  1. Presiden PAS Hj Hadi yang kononnya telah kemukakan satu gagasan pemikiran hebat, iaitu UG (yang sekiranya berjaya, beliau akan menjadi Presiden PAS terkemuka dan hebat di abad ini!!!!) tidak memohon ampun dan maaf langsung kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semasa pengumuman dibuat olehnya, walaupun itulah yang sebaik-baiknya. Kelihatan Hj Hadi tidak puas hati gagasan hebatnya dicemuh dan ditolak begitu saja oleh kepimpinan lain dalam PAS dan PR.
  2. Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa, seorang yang terlalu banyak dosanya pada PAS dan PR. Beliau adalah orang hadapan dalam UG ini di samping menjadi broker perpaduan. Beliau telah memberi kenyataan bahawa UG telah ditutup sebelum pemilihan (bagi menjamin kemenangan) dan apabila telah mengekalkan jawatan, beliau telah membuka topeng dan menunjukkan muka hodoh beliau yang sebenar sehinggalah dikejutkan oleh Tuan Guru Nik Aziz supaya keluar PAS. Beliau bukan sahaja mesti mohon ampun dan maaf tetapi beliau mesti meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden kerana kemenangannya adalah kerana tipu daya dan membohongi perwakilan parti.
  3. Setiausaha Agong PAS Mustafa Ali mestilah meletak jawatan sebagai SUA dan menjadi ahli biasa, kerana sejak Hj Hadi memegang jawatan sebagai Presiden PAS, beliaulah yang menjadi presiden 'de-facto'. Begitu juga semasa PAS berkuasa di Terengganu, Mustafa Ali sebagai Exco Kanan lagaknya mengalahkan Menteri Besar. Jadi gagasan UG ini adalah ilham bersama beliau dengan Presiden.

Apabila isu UG ini dikatakan ditutup, pemimpin di atas telah menggunakan leftenan-leftenan mereka untuk melancarkan perang gerila dengan membuat serang hendap kecil-kecilan seperti apa yang dikatakan oleh Ketua UlamakPAS Terengganu dan UG Versi Tantawi iaitu "intellectual discussion" dengan Pemuda Umno.  

Isu UG ini sebenarnya masih dibincang di kalangan ahli. Yang jelas kelihatan di peringkat bawahan, golongan ustazlah yang banyak mempertahankan UG ini. Di peringkat atasan, golongan ulamak pula yang menganjur dan menjaja UG kecuali TGNA sahaja yang menentang.

Bagi aku golongan ulamak yang gilakan UG ini adalah ULAMAK BUTA PERUT........

 

Rabu, 1 Julai 2009

Ketua Pemuda PAS Pamerkan Kebodohan

Aku baca Malaysian Insider...... Nah keluar cerita ni... PAS faction determined to talk to Umno.

Tak habis-habis lagi cerita Muzakarah, Mukabalah dan entah apa-apa istilah lagi yang mengelirukan. Puak-puak ulamak dalam Pas ni aku nampak masih lagi laparkan Kerajaan Perpaduan. Sepatutnya dah tutup cerita. Tapi mereka buat versi baru. Versi yang menonjolkan tahap profesional tinggilah kononnya. Versi Tantawi.

Muzakarah dan Mukabalah dah jadi "Perbincangan Intelektual" (Intelectual Discussion). Aku rasa perjumpaan versi Tantawi ini serupa juga dengan muzakarah atau mukabalah yang akan berakhir kepada Kerajaan Perpaduan. Satu tindakan bodoh dari segi politik dan dibuat dalam masa yang paling tidak sesuai. 

Perjumpaan Versi Tantawi ini memberi kelebihan politik pada Umno, khususnya Pemuda Umno. Udah tu Ketua Pemuda Pas hanya jumpa Naib Ketua Pemuda Umno. Kenapa jumpa dengan Naib Ketua? Ketua Pemuda Umno pergi mana? Ust Nasa Tantawi tak dak standard jumpa dengan KJ ke? Ini tunjukkan Ust Nasa Tantawi saja yang lapar dan bulur nak jumpa Pemuda Umno. 

Ust Nasa Tantawi menyebabkan Pemuda Pas terhina kerana berjumpa dengan orang yang rendah taraf darinya....... 

Sah!!! Ulamak pencinta Kerajaan Perpaduan adalah jenis manusia yang DEGIL TAK BERTEMPAT. 

TERGEMPAR ! DUN PERAK BUBAR ?........

Ini aku ambik dari PakKaramu tanpa kebenaran........ Maaf Pak!!!  Menurut PakKaramu macam ni..........

Salam


BERITA TERGEMPAR ! DUN PERAK AKAN BUBAR WAKTU YANG SANGAT DEKAT, TIMBALAN PERDANA MENTERI MUHIDEN YASIN DI JANGKA BERJUMPA SULTAN PERAK ESOK INI EKORAN ADA ADUN PERAK YANG MENYERTAI PR KEMBALI

JIKA BERITA INI DI SAHKAN DENGAN KADAR SEGERA MAKA ADA KEMUNGKINAN DUN PERAK AKAN DI BUBARKAN MINGGU HADAPAN, SEJAK MINGGU LEPAS NIZAR SUDAH BERJUMPA DENGAN ADUN YANG TELAH MELOMPAT BALIK DENGAN CARA SENYAP

KITA TUNGGU BERITA GEMBIRA INI DENGAN BERLAPANG DADA DAN JIKA IA MENJADI KENYATAAN MAKA IA AKAN MENAMATKAN MENTERI BESAR MAHKAMAH YANG DI SANDANG OLEH ZAMBRY, WALAU APAPUN PAK KARAMU YAKIN IA AKAN MENJADI KENYATAAN

PAK kARAMU JUGA TELAH BERHUBUNG DENGAN ORANG TERTENTU DI KL DAN BELIAU HANYA MENYEBUT AKAN BUBAR MINGGU HADAPAN, DI TANYA SAMA ADA SELEPAS PILIHANRAYA MANIK URAI ? BELIAU MENYATAKAN ITU MENGIKUT BUDI BICARA SPR JIKA LAPORAN DI BUAT DENGAN KADAR SEGERA , JADI SEKARANG KITA TUNGGU


karangan ~PakKaramu~ pada 6/30/2009 10:57:00 AM

Aku antara percaya dengan tidak sama banyak. Hal bubar DUN ni dah jadi cerita yang anti-klimaks. Aku tidak menaruh harapan lagi sejak Sultan Perak tolak permohonan DS Nizar dulu. Nak harap MB Darlie mintak bubar DUN, mati hidup balik pun dia tak mau. Itu sebab dia komplot dengan polis untuk usung Speaker (Original) Sivakumar keluar dewan.

Head band "BUBAR DUN" aku ada, aku pakai masa-masa tertentu.......

Kalau bubar DUN terjadi sungguh dalam masa terdekat ini, blog MB Darlie kena tutuplah. Betul ke Chairman Kaga.


Isnin, 29 Jun 2009

Bagaimana Untuk Kuatkan UMNO?




Umno kalau bersungguh-sungguh mahu dikuatkan, depa mesti kuatkan Puteri Umno. Puteri Umnolah jadi penarik untuk orang ramai masuk Umno.

Puteri Umno mestilah diketuai oleh gadis muda belum kahwin yang cantik, menawan dan popular. Meleleh ayaq lioq kalau tengok. Artislah senang cerita........ Lihat foto. Bukan bini orang umur 30an yang tembam gedebok jalanpun tak larat. AJK Puteri pun sama, had umur 25 tahun dan belum kahwin.  

Kalau  depa menjadi Ketua dan AJK Puteri, dengan otomatiknya ramai yang daftar untuk jadi ahli Pemuda Umno. Berduyun-duyun lelaki tua miang akan masuk Umno. Semua nak aktif dan nak rebut jawatan. Kot-kot boleh menyendeng Puteri-puteri Umno yang jambu-jambu ni. 

Kalau Puteri-puteri jambu ni buat roadshow untuk tambah keahlian Umno, tentu ramai berbaris untuk mendaftar. Kalau Umno bangsat sangat, yuran masuk RM100/- dan yuran tahunan RM24/- pun depa tak heran nak bayar. Silap-silap haribulan ahli-ahli PAS yang merapu tak dapat tarbiyah, pakat jadi ahli Umno.

Kalau buat macam ni Umno tak payah lobi PAS untuk Kerajaan Perpaduanlah, Ketuanan  Melayulah..... pertahan kedaulatan Rajalah....... Apalah...... Tak payah semua tu......

Tapi ingat!!!!  Undi belum tentu........

Jumaat, 26 Jun 2009

ADUN PAS PERAK HILANG.......!!!

Semalam aku tengok posting Drs. Khalil Lim serah memorendum kepada SUHAKAM dan Sidang Media dalam blog Cina Islam. Aku telah komen dalam kedudua posting tersebut tetapi aku tengok hingga hari ni komen aku tak keluar. Aku agak mesti YB Drs Khalil tak luluskan komen aku.  Aku bukan dok maki dia atau maki parti dia..... aku cuma beri komen yang lebih kurang begini:-

     "Mana lain-lain Adun Pas, pasai apa muka depa tak dak dalam gambaq?"

Itu komen jenis pertanyaan. Apa sebab aku tanya? Mesti ada sebab aku tanya. Sebabnya aku hairan muka Adun Pas lain (maksud aku yang 5 orang lagi tu) pasal apa tidak ada dalam gambar. Depa hadir tapi tak masuk dalam gambaq ka? Atau depa tak hadir langsung di situ kah?

Kalau depa ada  cuma tak dak dalam gambaq tak pa lah. Tapi kalau depa tak dak, depa pi mana? Depa sakitkah? Depa sibuk kah? YB Nizar boleh jadi hadir sidang Dewan Rakyat...... Tapi lagi 4 orang tu buat apa? Tidoq ka? Makan elaun ADUN butakah?

Macam-macam pertanyaan timbul dalam kepala otak aku. Boleh jadi depa dah tak minat dengan Pakatan Rakyat kot....... Kalau macam tu depa suka dengan Kerajaan Perpaduan kah? Berat ni..... Tinggal Drs. Khalil Lim saja yang dok pertahan PR. Yang lain belum melupakan hajat bersekedudukan dengan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan kah? Mungkin depa pun dah termakan hasutan UMNO, di mana PR Perak ini hanya boneka DAP. Yang untung 3N (Nizar, Ngeh & Nga) saja. Depa lain bagi cukup hitungan saja dalam dewan. Atau kalau nak hilangkan sangka buruk, depa dah "give-up" kot.

Drs Khalil Lim sebagai Pengerusi BBC  mungkin tau banyak cerita tapi tak mau panjang cerita kot..... Ataupun Drs Khalil Lim ini Cina, depa yang lain Melayu. Sayang kat UMNO masih bersarang dalam hati. 

Semua wakil rakyat PAS kenalah bertanggung jawab, jangan bagi ada banyak soalan timbul dalam kepala otak orang ramai. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan Pakatan Rakyat, tak kira lah dalam apa-apa isu pun. Jangan hilangkan kepercayaan penyokong dan pengundi.

Selasa, 23 Jun 2009

Parpukari Telah Ditemui.


Aku dah dapat rupa parpukari dari blog MB Darlie

Aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Chairman Saga kerana publish gambar beruang tu.

Lihat sebelah. Beruang no. 3 dari kiri sebelah  Mamak Madey. Ada muka Melayu ka? Mamak kedai nasik boleh jadi.  Kalau jumpa muka beruang ni baling dengan teloq kemuruk.

Khamis, 18 Jun 2009

Mereka Telah Nyatakan Pendirian

Macam ni lah sepatutnya. Mereka telah menyatakan pendirian. Lihat ini. Itupun setakat "tidak pernah merupakan agenda Pas".

Diharap ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas, lebih-lebih lagi yang memegang jawatan Naib Presiden dan AJK Pas Pusat akan tampil menyatakan pendirian mereka dengan jelas tanpa selindung. Masa ini tidak perlu cakap berkias dan berlapik.

Cakap biar terang. Sokong atau tentang kerajaan perpaduan.

Jika ditolak MP Marang dan MP Bachok, ada berbelas lagi yang belum menyatakan pendirian mereka. Nak playsafe ke? Jangan begitu. Undi dalam PRU12 kepada tuan-tuan dahulu bukan untuk dijual kepada Umno.