Jumaat, 8 Januari 2010

Khutbah Jumaat Yang Menghasut

Aku telah ke Masjid Sultan Yusof Rapat Setia, Ipoh untuk tunaikan Solat Jumaat. Biasalah Solat Jumaat mesti ada khutbah.

Hari ni khatib yang naik ke mimbar adalah seorang tua dan membaca teks khutbah. Tak taulah dia tulis sendiri atau dia baca teks yang disediakan oleh MAIP atau JAIP. Tapi bunyinya menghasut dan membodohkan orang Islam.

Nasib baik bacaan khutbah khatib ni meleret2 macam orang tua sakit nak mati. Kebanyakan jemaah lena. Tak dak lah orang yang naik semangat tiba2. Kalau dia berkhutbah berapi-api apa akan jadi? Mungkinkah orang keluar dari masjid tu akan berdemo dan berarak dan mencari gereja, tokong cina dan tokong hindu untuk diruntuh dan dibakar.

Orang yang menyediakan teks khutbah ini samada khatib itu sendiri atau pegawai MAIP/JAIP adalah seorang yang tidak bertanggung jawab dan jahat. Jika MAIP atau JAIP yang menyediakan teks khutbah hari ni, terbukti MAIP atau JAIP telah ditunggangi oleh unsur UMNO Jahanam yang jahat.




Ke Masjid Solat Jumaat

Aku dah nak ke masjid terdekat untuk tunaikan Solat Jumaat hari ni. Kalau dah selesai Solat Jumaat aku akan terus balik ke pejabat atau pergi makan tengahari.

Kalau ada mangkuk-mangkuk yang berhimpun berdemo aku tak akan pedulikan mereka. Mereka tentunya orang bodoh. Apakah mereka ingat mereka adalah penjaga nama tuhan.

Allah, Tuhan bagi sekelian alam tidak memerlukan makhlukNya untuk menjaga kesucian namaNya. Hanya manusia bodoh dan bangang saja ingat Allah memerlukan mereka untuk mempertahankan kekuasaanNYa.

Selasa, 5 Januari 2010

Dua Soalan Kepada Nik Aziz

Soalan Pertama:

Apakah hukumnya jika seorang Pemuda* yang merekomen seorang kawannya berkerja di sebuah firma perunding sebagai Jurutera Residen (RE) untuk satu projek. Pemuda ini mensyaratkan kapada kawannya, sekiranya kawannya berjaya jadi RE maka 40% daripada gaji bulanan kawannya itu mesti diserahkan pada Pemuda itu.

Kawannya yang menganggur itupun setuju. Kawannya menjadi RE lebih kurang setahun dan tiap-tiap bulan apabila menerima gaji, kawannya telah bagi 40% dari gajinya kepada Pemuda itu. Pemuda itu seperti hisap darah kawannya.

Sila Tok Guru Nik Aziz berikan hukumnya halal haramnya.

Soalan Kedua:

Pemuda dan kawannya telah sama-sama memohon bekerja sebagai Jurutera dengan Syarikat Air. Mereka berdua telah hadiri temuduga dan malangnya kedua-dua mereka gagal. Tapi seminggu selepas surat pemberitahuan gagal diterima, Pemuda itu diterima pulak jadi Jurutera di Syarikat Air.

Soalannya bolehkah berlaku begitu jika Pemuda itu tiada sangkut paut dengan orang paling berkuasa di negeri itu. Apakah hukumnnya masuk ikut pintu belakang dan tentunya mengambil tempat calon yang lebih layak?

* Pemuda itu kononnya sekarang ini adalah seorang CEO yang lambat letak jawatan dan Menantu seorang Tok Guru Besar yang memimpin sebuah Negeri.

Pegawai Tanpa Tauliah Lebih Bijak Dari Kolonel dan Jeneral

Kepada ibubapa yang berangan-angan nak jodohkan anak mereka dengan pegawai tentera. Atau kepada awek-awek yang dok tergila-gila pegawai tentera. Anda semua patut lupakan niat dan hasrat anda.

Kenapa? Pegawai tentera atau pegawai bertauliah yang berpangkat dari Leftenen Muda hingga Jeneral 4 Bintang di Malaysia ini semuanya kurang cerdik berbanding pegawai rendah atau pegawai tanpa tauliah (PTT).

Di Malaysia PTT lebih bijak, cerdik, pandai dan cekap. Tak percaya lihat sini dan sini. Pegawai kanan tentera kurang bijak dan tidak cerdik, bodoh dan lembab berbanding PTT. Paling pandaipun setaraf Peguam Negara Gani Empat Tahil yang naik pangkat kerana kuat bodek.

Jadi ibubapa dan awek-awek yang teringin sangat nak bermenantu dan berlakikan pegawai kanan tentera, ubahlah impian anda...... carilah prebet, koperal atau sarjan tentera. Rakan mereka dah buktikan PTT boleh songlap enjin jet........ bukan satu tapi dua biji. Mereka ni lebih hebat dari Leftenen, Kapten, Mejar, Kolonel dan Jeneral.

Isnin, 4 Januari 2010

Hari Ni 4 Januari 2010 Akan Ada Kisah Menantu Nik Aziz

La....... hari ni dah 4 Januari 2010. Lama jugak aku tak update blog ni. Last N3 hari Jumaat 18 Disember.

Aku sibuk macam-macam hal. Pi makan kenduri sana-sini. Kemudian cuti ke luaq negeri. Makan angin. Baik pi makan angin dari dok angin dengan perangai pemimpin PAS macam Hj Hadi, Nik Aziz dll. Lagi angin dengan perangai anak menantu macam Nik Abduh, Nik Amalina dan Si Gampang Ariffahmi. Depa pulak nak tebus pengorbanan bapak depa.

Aku tengok blog aku aku di sini...... ada komen.......
Tanpa Nama berkata...

Mana pergi tuan rumah ni? Dah pencen ke?
Tuan rumah Saynotomunafiqeen dah tak jenguk rumah dia tu jugak.

Agaknya semua tunggu bulan Mac 2010 lepas saja Ariffahmi keluar PMBK, baru nak sambung memblog.

ir Anon

Jumaat, 18 Disember 2009

IPOH - SERATUS RIBU SATU HURUF



Tanda nama IPOH dibina dengan harga RM100,000/- satu huruf. Konon nak bagi Ipoh nampak hebat. Hebat apanya? Ipoh ni kan dah setaraf ibu negeri di Afrika yang selalu kena rampasan kuasa.

Senggaraan tak tau pulak berapa kosnya. Cerita di sini.

Sapa suruh pasang signage ni? Apa nama....... Raja.... tanya Tukar Tiub!!!

Khamis, 17 Disember 2009

Kaki Dangdut Yang Pilih AJK Masjid Di Perak

Salam Maal Hijrah 1431. Bila cerita tentang hijrah.... tentu ada sangkut-paut dengan masjid.

Perlantikan AJK Masjid dalam Negeri Perak bukanlah dibuat dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli kariah masjid.

Tetapi dilantik oleh sekumpulan orang yang terdiri dari Orang Besar Jajahan (OBJ - entah apa kerja dia, DO dah ada - mungkin kepala pembodek raja peringkat daerah kot?), Penyelaras Masjid Daerah (bolehlah - kena dengan kerjanya) dan Penghulu Mukim (ini pegawai kerajaan taraf 'Penolong Pegawai' - kebanyakan barua UMNO).

Senarai AJK selalunya direkomen oleh UMNO melalui Ketua Kampong. Ketua Kampong tentunya pemimpin pedukang UMNO cawangan. Tapi yang paling berkuasa Ketua UMNO Bahagian.

Lihat contoh di sini. Jabatan Agama (JAIP) tak boleh ubah senarai. Depa marah. Depa kata belakangkan senarai Nazrin Shah pekenan!!

Kesian kat masjid-masjid di Perak...... kaki putar alam, kaki dangdut dan kaki botol yang pilih AJKnya. Patutlah kegiatan-kegiatan masjid di Perak lebih ketat dari masjid-masjid di Republik Rakyat China.