Khamis, 27 Ogos 2009

AKU SUKA KARTIKA

Kartika Sari Dewi Shukarno, sedap juga nama tu. Model sambilan. Kena hukum denda RM5,000/- dan tibai (sebat) 6 rotan pasai minum arak. Nama macam minah Indon, tapi bukan yang mai jadi amah kat Malaysia. Nama berbaur ningrat. Macam nama anak Soekarno (Bapak Presiden Indonesia) original.

Aku suka Kartika ni...... Tapi bukan pada batang tubuh dia.  Kalau yang tu... lepaih ni bini aku kerat....... habih aku.... Tapi atas sikap dan pegangan dia.

Aku suka Kartika..... Dia mengaku salah perbuatan salahnya. Dia dihukum oleh Mahkamah Syariah yang tak syarakpun. Dia terima. Dia tak komen pelik-pelik. Nak diangkut untuk ditibai pun dia ikut. Kendian depa hantaq balik dia balik. Cuma dia pi repot polis nak protect diri dia, takut gomen kata dia lari dari hukuman. Dia relaks saja.... cool.... 

Aku suka Kartika..... Dia tak timbuipun dalam Sidang Media anjuran SIS pertahankan diri dan kondem hukum Islam (betulkah hukum Islam?). Dia nampak redho saja. Dia pulak yang rayu segera ditibai. Ya lah.... kalau dok tunggu sampai bila. Nak buat kerja pun tak senang. Biasalah orang politik bila dah masuk campoq habih..... Jadi panjang cerita.

Aku suka Kartika ni.... Syeikh-syeikh dalam PAS yang kononnya kepimpinan ulamak, kena ambil iktibar dari Kartika ni. Buat salah mengaku. Jangan dalih-dalih. Ada syeikh dah sampai peringkat nak juai parti kat musuhpun tak mau mengaku. Porah...!!! Pimpin Parti Islam tapi dok ingat Ketuanan Melayu.... Ciss!!!

Aku suka Kartika...... Kalau banding Kartika Sari dengan Syeikh Kedua Besar PAS. Kartika ni lebih mulia berganda dari Syeikh Kedua Besar PAS. Syeikh Kedua Besar PAS terlalu hina berbanding Kartika. Hassan Ali tok sah cerita. Dia lebih hina dari Syeikh Kedua Besar PAS. Kalau buat persamaan matematik boleh nampak terang lagi jelaih.  

Jadi Syeikh Tantawi faham kah tuan maksud ana? Aku suka Kartika......


 

NASIHAT PENYAMUN!!!

Sejak masuk Ramadan ni, penyamun pun dah tunjuk baik. Siap bagi nasihat lagi. Piraaah....... nasihat tak laku. Aku selalu bukak Radio Perak untuk dengaq Bang Maghrib. Tapi aku cepat-cepat tutup radio bila habhs bang. Tau pasai apa..... kalau tunggu habih doa lepaih bang, teruih meletup suara penyamun ni. Lebi-kurang bunyi "Saya....... bla..bla..bla". Boleh hilang selera makan.

Penyamun yang aku maksudkan ialah Zamry Mamak Pedukang Kadiaq. Cuba tengok blog dia. Dia siap nasihat pasai syurga neraka lagi.

Zamry Mamak mana ada otoriti nak cakap pasai syurga neraka. Dia pun penyamun, perampas dan dirikan kerajaan di Perak  hasil kudeta.

PIIIIRAH ZAMRY!!! MB HARAM.

MATANG PASIAQ: HANTU UNDI SAPA......?

Keputusan PRK N11 Matang Pasiaq dah diketahui. Salleh Man pun dah jadi YB, tak berapa hari lagi kalau tak dak halangan, jadi Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Tahniah YB!!! Kerja kuat lagi.....

Banyak analisa keputusan dibuat. Bagi aku kalau PAS buat analisa, depa mesti kata pengundi bukan Islam dah sokong Islam pasai pangkah bulan. PAS dibantu oleh jentera parti yang hebat. Pengundi yakin pada PAS, pimpinan ulamak tak diragui dsbnya. Piraah.... sebenaqnya orang meluat kat UMNO.

UMNO pula macam biasa, kalau kalah mesti salahkan pihak lain. Tapi kali ni depa ada alasan tambahan. Pengundi hantu. Depa pula bising pasai pengundi hantu.

Bab pengundi hantu ni dah jadi tabiat pembangkang. Kalau sebut pembangkang kita terbayang PAS, PKR dan DAP. Tapi kena ingat, di Pulau Pinang  BN dan UMNO adalah pembangkang. Zahid Mossad Hamidi adalah pemimpin pembangkang, sama jugak dengan Ketua Budak Hinguih Melelah UMNO iaitu Khairy Jamaludin. Tu pasai depa yang jaja isu pengundi hantu. BN dan UMNO dah mula latih diri untuk menjadi pembangkang peringkat nasional.

MSK dah buat penilaian untuk PRK Matang Pasiaq ni. Lihat PerakExpress, Permatang Pasir: Penilaian semula. Yang aku tertarik adalah:-

Baik BN atau Pakatan, personaliti calon menjadi kriteria penting untuk menentukan kemenangan. Rakyat, terutamanya pengundi baru melihat kedua-dua Pakatan dan BN, sama saja. Baik dari segi taktik atau strategi. Kalau dulu, Pakatan yang lantang bercakap tentang pengundi hantu, tapi dalam PRK ini, Umno yang bercakap tentang pengundi hantu.

Pelik, mengapa kali ini tak ada sesiapa pun dari Pakatan yang bising tentang pengundi hantu! Sebabnya, dulu pengundi hantu mengundi Umno, sekarang mengundi Pas.

Kalau macam tu...... bukan kata orang biasa...... hantu pun dah pandai pilih parti dan calon. Hantupun dah meluat kat BN dan UMNO Jahanam!!!

Rabu, 26 Ogos 2009

Baguih La......

Bila aku baca berita di sini dan di sini. Aku cuma boleh kata BAGUIH LA. Depa lawan sama sendiri. Biaq depa bertetak sama sendiri. Biaq lingkup. Chua Soi Lek hentam Ong Tee Kiat. Tee kiat nak tetak Soi Lek.

Kita hanya perlu tonton. Tunggu dan lihat....

  


SYEIKH TANTAWI & HASSAN ALI - BACA NI....

Beza Pas Dan UMNO?

Rasa gembira dan puas hati selepas berkempen di Permatang Pasir bertukar menjadi gelisah dan penuh kebimbangan. Dalam keadaan negara yang tak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan oleh UMNO dan media miliknya serta kes yang melibatkan kematian petugas Pakatan Rakyat, tiba-tiba YB Hassan Ali, Exco Selangor, mengeluarkan kenyataan pada hari membuang undi di Permatang Pasir bahawa orang-orang Islam yang didapati minum beer atau arak akan ditangkap oleh pegawai-pegawai Majlis dan Jabatan Agama yang akan diberi kuasa. Apa niat sebenar beliau? Nampak nya begitu yakin sekali ketua PAS ini dengan kekuatan mereka sekarang hinggakan sanggup mengambil risiko ini.

Saya kata risiko kerana tidak cukup dengan itu, Hassan Ali juga akan menangkap orang Islam yang berkerja di tempat minumam itu dijual atau ada kaitan secara langsung dengan penjualan itu. Mengikut laporan berita beliau menyatakan bahawa orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Nampaknya ini akan melibatkan pekerja Melayu dalam hotel, bar, pub dan mana-mana tempat yang menjual beer atau arak seperti kedai runcit, kedai 7-Eleven dan banyak lagi. Drebar lori yang kerjanya mengangkat minuman haram itu juga mungkin dikenakan tindakan. Mungkin juga pegawai kastam yang menilai cukai barangan itu juga dikenakan tindakan.

Kalau kita ikut lojik YB itu, semua pegawai Perbendaharan dan Kementerian Keawangan juga bersalah kerana membenarkan beer dan minuman yang dianggap haram dijual di Malaysia, kerana ia membolehkan orang Islam membelinya. Saya tidak tahu bagaimana penguatkuasaan arahan seperti itu akan dilaksanakan tanpa kerumitan yang besar.

Saya juga hairan mengapa Hassan Ali ghairah mahu menangkap orang dan tidak pula mencadangkan perkara yang lebih mudah dilaksanakan. Sepatutnya semua beer dan minumam keras diharamkan sahaja di seluruh Selangor, barulah ada keadilan sejagat. Bukan ikan bilis saja jadi sasaran, malah orang elit pun tidak boleh atau selindung di sebalik undang-undang. Nanti bila PAS mengambil alih Putrajaya, boleh lah pula diharamkan beer dan minuman keras di seluruh negara. Ini samalah seperti cara kerajaan mengharamkan dadah di negara ini. Inilah saja cara kita boleh memastikan orang Islam tidak dimalukan di khalayak ramai apabila didapati bersalah seperti keadaannya sekarang ini. Cara-cara yang lain hanya akan menyusahkan orang yang tak ada kena-mengena dengan perbuatan itu iaitu minum minuman keras.

Ketua Pemuda PAS pun tak kurang hebatnya kerana mendesak kerajaan supaya membatalkan konsert kumpulan pop Michael Learns To Rock yang akan diadakan di Genting tidak lama lagi. Saya tak faham apa tujuan bantahan itu dibuat. Saya juga tak pasti sama ada puluhan ribu umat Islam akan ke Genting, tempat perjudian antarabangsa yang diluluskan oleh kerajaan, untuk menonton konsert itu. Lagipun, kalau konsert itu tidak dibenarkan sekali pun, orang Islam yang berminat masih boleh menonton DVD kumpulan itu setiap hari. Kalau pun tak ada DVD pun, masih boleh download dari internet atau mendengar lagu-lagu kumpulan itu di radio dan TV. Jadi apa hasil dari perbuatan mengharamkan konsert itu? . Jangan lah ikut pemimpin BN/UMNO yang membenarkan konsert tapi keranan penaja konsert itu syarikat minuman keras maka orang Islam tidak dibenarkan menonton. Kita sudah menjadi Negara “apartheid” sekarang ini. Beza nya kita guna agama untok memisahkan rakyat dan regim apartheid Afrika Selatan gunakan ras atau warna kulit . Jangan lah mengambil pendekatan mudah sapewrti BN dan UMNO. PAS mestilah menunjokan keupayaan membuat keputusan mentadbir yang lebih harmonis, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan. Kalau tidak rakyat yang lebih sederhana pemikiran dan amalan hidup mereka, dan dari golongan muda akan menganggap PAS parti yang eksterem. Ini akan menjejaskkan peluang PAS untuk memerintah Kerajaan Pusat. Mungkinkah PAS sekarang tidak berminat lagi untuk menang pilihan raya atau memerintah Kerajaan Pusat kerana lebih suka berjuang untuk mengharamkan itu dan ini daripada menggunakan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana yang diajar oleh tokoh-tokoh besar Islam?

Malah, dari peringkat tertinggi PAS pula, Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan supaya mengekalkan hukuman rotan terhadap seorang wanita Islam yang didapati bersalah minum beer. Pemimpin PAS itu merasakan itulah cara terbaik untuk menunjukan amalan Islam kepada dunia.
. Orang orang “kafir” di Barat yang mendalam ilmu “jurisprudence” hukum mereka, selalunya tidak mengenakan hukuman berat kepada orang yang melalukan kesalahan buat kali pertama, kecuali bila menerima hukuman mandatori. Mereka mengambil kira fakta lain dalam pertimbangan mereka bagi pesalah kali pertama, terutama bagi yang orang yang telah mengaku secara sukarela bahawa mereka bersalah. Dalam kes wanita Islam itu, dia telah pun mengaku salah dan menyesali perbuatannya. Setahu saya cerdik-pandai agama Islam juga banyak bercerita tentang firman-firman Allah yang menggalakkan kita supaya memaafkan orang yang sedar perbuatan salah mereka.

Dalam hal ini saya menganggap tindakan dan kenyataan Perdana Menteri supaya hukuman rotan ini digunakan sebagai langkah terakhir atau “last resort” adalah wajar dan berpatutan. Ingatlah Islam bukan agama birokrasi; ia penuh hikmah dan kebijaksanaan. Kalau tidak masakan tamadun Islam begitu gemilang dan dihormati dunia pada suatu masa dahulu. Jadi saya harap Mahkamah Syariah di Pahang tak payahlah tunggu pesalah membuat rayuan; mereka ada kuasa untuk menyemak dan mengkaji semula keputusan mereka, sama seperti mahkamah-mahkamah lain di dunia ini.

Saya juga berharap bahawa rakan-rakan PAS saya dalam Pakatan Rakyat supaya memikirkan semula perkara ini. Jika benar kita berjuang untuk menegakkan keadilan, perkara paling utama yang mesti kita perangi habis-habisan adalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta perbuatan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama. Semua ini boleh menghancurkan masyarakat. Pengalaman menunjukan bahawa ada kerajaan Islam di luar negara hari ini yang ghairah nak tangkap dan sebat orang Islam masih bergelumang dengan najis rasuah dan penyelewengan. Banyak pula anak muda mereka terjebak dengan dadah, dan mengandong tanpa bapa.. Banyak lagi perkara yang Pemuda Pas boleh memberi perhatian yang hasilnya tentu lebih memberi manfaat kapada orang Islam. Imej Islam yang macam mana kita mahu mempamerkan?

Dikutip dari Zaid Ibrahim

SEJARAH LAGU TERANG BULAN

MEMECAH MITOS - FAKTA SEJARAH

INILAH DIA KOMPOSER MEMULA MOON

Pierre-Jean de Béranger (1780-1857)


LIMA PULUH TAHUN TERANG BULAN TERBARAI

KAH KAH KAH ! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.

Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.

Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).

Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.

Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.

Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.

Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.

Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.

Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.

Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.

Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.

Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.

Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.

KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.

BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.

BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)

BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.

BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.

BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.

Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.

Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.

United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.

Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.

Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.

Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)

Nota:
Tulisan ini telah pernah disiarkan
dua tahun lalu - ianya bebas di ambil
untuk memecah mitos dan memajukan
fikrah melayu.

Diambil dari Tukar Tiub

AWAT SYEIKH?

Ya Syeikh Haroon Toyib....... betoika cerita ni.....

MENGAPA TERENGGANU BELUM TUMBANG?

KUALA LUMPUR, Ogos 25 — Benarkah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib menjadi penghalang pembentukan kerajaan baru di negeri itu?

Sekurang-kurangnya inilah khabar angin yang bertiup kencang sekarang terutama di kalangan ADUN Umno yang bercadang untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR di negeri itu.

Sembilan ADUN Umno yang diketuai oleh Rosol Wahid dikatakan telah bersetuju untuk menyertai PKR. Mereka dikatakan akan bergabung dengan lapan ADUN PAS dan membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.

Tetapi, hasrat ini terganggu apabila Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS itu tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar yang ada, Datuk Ahmad Said.

Baca seterusnya di sini....

Betoikah Syeikh. Orang kata kalau tak dak angin pokok tak goyang. Depa yang dok goyang kepala dalam disko pun pasai dengar muzik. Timbui cerita ni mesti ada sebab jugak....

Apa Syeikh Haroon dah seronok dok berniaga kambin dengan MB Mat Said. Jangan macam tu. Apa muslihat Syeikh?