Sabtu, 7 November 2009

Pemimpin PAS Gila Debat

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mencabar pemimpin Umno bersemuka dan berdebat atas tajuk ‘siapa lebih beragama?’
“Saya cabar Ustaz Khazan ( Exco Kerajaan Negeri) YB Khazan untuk berdebat atas tajuk (siapa lebih beragama) ini, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa syarat,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, disini semalam.

Beliau membuat cabaran tersebut ketika mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat bahawa pemimpin Umno lebih ‘beragama’ berbanding dengan PAS.

Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata menyifatkan pemimpin PAS ’kurang beragama’ kerana menolak perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan, dan menuduh PAS menolak penyatuan yang dituntut Islam.

Oleh itu, Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mempelawa mana-mana pemimpin Umno berdebat atas tajuk tersebut, sekiranya Khazan tidak mampu.
Katanya, mungkin pemimpin Umno mempunyai bukti bahawa parti itu lebih baik dalam bab ‘beragama’.
“Itu yang kita (PAS) minta dia berdebat, yang dia berani mendakwa, kita belilah, dia jual kita belilah, mungkin dia ada bukti Umno lebih baik (beragama) kita nak dengar lah,“Sebab, bagi kita (PAS) Umno (parti) ini termasuk pemimpin dia (Umno) tidak(lah) baik, dari segi ugama tidak ada (yang) lebih baik dari PAS.
“(Saya bersedia jadi) ahli panel pada bila-bila masa sama ada secara solo dengan Khazan ke atau secara berkumpulan, bila-bila,” jelasnya.
diambik dari Buletinonline
-----------------------------------------------------
Kesimpulannya pemimpin PAS (biasanya ustaz2 dan syeikh2) kebanyakan dari DULU, KINI dan mungkin SELAMANYA adalah spesis yang GILA DEBAT. Sikit-sikit cabar orang debat. Lain kerja tak dak ka? Orang yang dicabar selalunya buat tak dengaq saja. Depa dok menang pilihanraya jugak...... hangpa setakat boleh dua tiga kerusi sebagai pembangkang saja.
Terengganu lagi teruk..... PAS perintah negeri semusim saja....... !!!! Aku agak kalau pilihanraya esok lusa, PAS Terengganu bungkuih jugak...... biaqpun pemimpin UMNO bertelagah.
Tok sah dok pikiaq nak debatlah. Pikiaq macamana nak jadi PAS tulen. Harap pakai jubah macam tok arab tapi otak dan perangai MELAYU. Dok cerita Kerajaang Perpaduang.
Ya syeikh.......!!! Pengundi kalau nak pemimpin Melayu depa ada UMNO!!!

Jumaat, 6 November 2009

Kesian Pemuda PAS..... Ketuanya Ustaz Bangang

Apa nak kata? Kesian! Kesian! Kesian kat pemuda2 PAS pasai terlantik sorang Ketua Pemuda yang bodo piang. Tapi apa boleh buat.... kehendak jemaah! Puncanya amalan dalam PAS yang suka yang bahagi2kan jawatan. Lepaih hang aku. Aku tinggai hang ambik. Tiru UMNO lah tu! Elak pertandingan konon. Ciss jadi macam nilah. Yang dilantik kebanyakannya "pandai tak boleh diikut... bodo tak boleh diajar". Sendiri bodoh nak pengikutpun bodoh macam dia jugak.


Ahli PAS pun satu, apa yang pimpinan cakap angguk macam pokka. Ikut. Setuju. Wala' membabi buta. Bila orang lain tegur, contohnya Dr Aziz Bari mulalah nak jadikan musuh. Teringat aku filem cina "A Battle of Wits" lakonan Andy Lau dalam TV2 semalam. Watak Andy Lau sebagai Ge Li tu lebih kurang macam Dr Aziz Bari.......... (Syeikh Tantawi tak tonton filem2 ni semua - haram!!!)




Bila baca blog Syeikh Nasruddin Tantawi KP PAS aku rasa dia adalah seorang KP yang pendek akai, bodoh, bangang dan naik angin satu badan kalau orang kritik taukeh dia. Dia rasa dia hebat. Dia nak jadi hero tapi tak kena tempat. Lepaih ni dia elok dibersarakan dari politik PAS.

Patutlah dalam blog ni, Syeikh Tantawi termasuk dalam senarai Pimpinan PAS yang Patut Dikorbankan.

Dah Boleh Agak Keputusannya.....

Minggu ni tiga isu yang melibatkan PAS.

Satu.... isu pecinta UMNO dalam PAS yang diketuai oleh Nasa Mat Isa. Orang hadapannya Hassan Ali. Disukai oleh Hj Hadi..... aku agak hal ni berterusan hingga JK Disiplin buat keputusan..... Aku tak yakin pada JK Disiplin PAS.... Sebab Chairmannya Tuan Berahim (NP PAS) member Hassan Ali, sama-sama popular dalam Forum Perdana. Perangai pemimpin PAS kebanyakannya suka tutup cerita dan cover kawan. Baca blog Tuan Berahimpun dah boleh agak keputusannya nanti.

Isu royalti minyak kepada Kelantan..... kan Kelantan diterajui oleh PAS........ pun serupa..... dah tak boleh koner...... UMNO pusing-pusing tak lepas...... memang seperti yang dijangka keputusannya...... royalti jadi wang ehsan!

Lagi satu rayuan MB Nizar ke Mahkamah Persekutuan berkenaan kedudukannya sebagai MB Perak....... Nizarkan dari PAS......tapi pemimpin PAS lain buat derk je...... Mahkamah Tinggi hukum Nizar MB sah. Tapi Mahkamah Rayuan dalam sekelip mata macam jin dalam cerita Nabi Sulaiman....... terima rayuan Mamak Zamry batal hukum Mahkamah Tinggi........... Khamis kelmarin Mahkamah Persekutuan kelam kabut dengar hujah loyar-loyar tapi tangguh keputusan........ Aku agak masing-masing tok hakim ni dok pikiak sampai pecah kepala macamana nak side dengan Zamry........... Macamana nak susun ayat! Dah boleh agak keputusannya.......... Lagi tinggi mahkamah dan lagi besar hakim lagi tak boleh percaya!!!

Khamis, 29 Oktober 2009

Seminar.... PAS Parti Melayu Jenama Islam

Dua hari aku tak update blog aku. Aku pergi seminar kat KL. Seminar ni untuk tingkatkan lagi pengetahuan dan tahap profesionalisma dalam bidang pekerjaan aku. Seminar ni banyak badan profesional endorsed. Bagi aku seminar dua hari tu memang berkesan ke atas aku. Tak rugi aku keluaq belanja..... Habis cerita aku. Tengok cerita PAS pulak....

Tapi pagi ni aku buka di sini, sini dan sini. Semua cerita sama - Seminar ganti Muktamar Khas. Keputusan ringkas:-
  1. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan buat seminar khas
  2. Lembaga Disiplin siasat PAS Selangor
  3. Kerajaang Perpaduang / UG tak timbui lagi
  4. Biasa saja keputusannya.

Tapi apa pasai nak buat seminar khas. Ni nak auta lah. Bagi aku, seminar ni tujuan utama nak terapkan doktrin-doktrin kumpulan UG kepada pemimpin-pemimpin PAS peringkat Kawasan supaya kumpulan UG dalam PAS makin kukuh. Supaya lain kali tak dak penentangan. Supaya pemimpin PAS yang bukan kumpulan mereka nampak jahat.

Seminar yang PAS nak buat ni tak dak guna. Tak akan menjadikan PAS menang lebih banyak kerusi dalam PRU13 (lagi kurang ada!!). Tak menjadikan PAS dihormati dan dipercayai. Seminar ini hanya akan perkukuhkan lagi cengkaman kumpulan UG. Seminar ni akan sebabkan Nasa akan jadi Presiden PAS ganti Hj Hadi bila tiba masanya dan Hassan Ali lebih ganas di Selangor. Seminar ini adalah persediaan untuk menendang saki baki pemimpin yang menentang UG dari hirarki PAS dalam pemilihan akan datang.

SEMINAR INI AKAN JADIKAN PAS PARTI MELAYU JENAMA ISLAM.

Isnin, 26 Oktober 2009

PAS Perlu Contohi Revolusi Iran

Masa berlaku Revolusi Iran aku dah bersekolah menengah. Aku masih ingat lagi tiap-tiap malam RTM Channel 5 dan Channel 8 tayangkan berita berkaitan revolusi yang berlaku di Iran. Daripada larinya Shah Reza Pahlavi dan kembalinya Ayatollah Khomeini ke Iran. Apa-apa yang berlaku di Iran ditayangkan ditv, tapi melalui kaca mata barat yang pro US dan anti Iran.

Macamanapun aku rasa revolusi itu berjaya dan bertahan hingga sekarang. Kejayaan ini adalah kerana kaedah yang selalu diguna-pakai oleh para revolusineer apabila mencapai kemenangan. Apa kaedahnya......?

Musuh yang dikenali dan talibarut musuh yang disyaki semuanya dihukum. Hukumannya mudah. Tengahari dibicara..... petang jatuh hukum........ malam ditembak....... ambil foto....... dan pagi esok terpampang bangkai musuh yang mati dalam akhbar...... untuk jadi tatapan penyokong revolusi dan penentangnya. Tengok contoh foto-foto....

Ini dikatakan "pembersihan" dari anasir-anasir yang akan membuat kacau ganggu di kemudian hari, di samping "menghukum" di atas dosa dan kesalahan mereka.

Dalam hal UG dan pro UMNO dalam PAS, mereka-mereka yang terlibat wajib dihukum. Hukumannya mudah...... bunuh!!!! Bukan bunuh bagi mati guna senjatapi, tombak, keris dsbnya.

Bunuh yang dimaksudkan ialah bunuh mereka dari segi hayat politik dalam parti. Buang dari jawatan!!! Pecat!!!! Malukan mereka satu Malaysia!!! Mereka ini semua adalah ejen-ejen dan talibarut musuh PAS iaitu UMNO.

Jangan tunjukkan belas kasihan pada mereka. Mereka mungkin lama berjuang dalam PAS. Tapi perjuangan mereka ada sebab dan muslihat lain. Mereka undercover. Musuh dalam selimut. Duri dalam daging. Musang berbulu ayam. Biawak lidah bercabang. Pagar yang tak boleh diharap untuk jaga padi. 

Ingat!!! Musuh PAS iaitu UMNO tidak pernah ada rasa belas kasihan pada PAS. Sekiranya dah dikenali dan disyaki agen dan talibarut mereka, mengapa PAS masih manaruh rasa kasihan dan simpan lagi. Sekiranya mereka tidak dihukum..... tunggulah masanya PAS akan dihancurkan....

Setiausaha Agung PAS dah Mula Bersilat

Seperti yang dijangka SUA PAS Mustaffa Ali dah mulakan langkah silat. Dalam sidang media dia umumkan Jawatankuasa Pusat PAS termasuk Pesuruhjaya Negeri akan bermesyuarat hari Rabu ni.

Mengulas cadangan mengadakan muktamar khas, kontroversi terbaru yang dilontarkan oleh Nik Aziz minggu lalu, Mustafa berkata perlembagaan PAS membolehkan satu mesyuarat agung luar biasa diadakan apabila:

- ia dipanggil oleh presiden parti,
- satu pertiga daripada 37 anggota jawatankuasa pusat menulis surat memohon mengadakannya, dan
- satu pertiga kawasan-kawasan PAS menulis untuk berbuat demikian.

Aku rasa EGM tak jadi. Presiden tentu tak panggil EGM. Hj Hadi dah bagi kenyataan macam di bawah:- 

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata pendekatan musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS sewajarnya dipilih, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Sehubungan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini," katanya dalam kenyataan media di sini, pada hari Ahad.

Apa yang nak dibincang. Macam biasa untuk tutup isu ni. Pesuruhjaya Negeri kebanyakan dilantik oleh Hj Hadi yang tentunya atas nasihat Mustafa Ali dan Harun Taib. Mereka boleh menyanggah tiga orang Terengganu ni ke? Jawapannya TIDAK. Lagipun Hj Hadi dan Harun Taib ulamak. Manakala Mustaffa Ali yang mengusulkan kepimpinan ulamak.

Lagi satu langkah silat yang sumbang  Mustaffa Ali ialah:-

Mustafa juga berkata isu kerajaan perpaduan PAS-Umno "sudah ditutup" dalam muktamar lalu dan kini parti itu sedia bekerjasama dengan dua lagi rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Jawapan ni selalu digunakan oleh kumpulan UG iaitu Nasha, Mustaffa Ali dan lain-lain pencinta UMNO. Hanya mulut saja kumat-kamit kata UG dah tutup tapi perbuatan dan tindak tanduk tidak begitu. Malaun besar dalam hal ni adalah Hassan Ali.






Ahad, 25 Oktober 2009

AKU ANTI UMNO

Kelmarin dengan hari ni aku sibuk. Sibuk pi makan kenduri kawin dan sibuk pi majlis jamuan adil fitri (bulan syawal dah lepaih?). Aku juga sibuk baca blog-blog dan akhbar online. Cerita yang laku adalah Tok Guru Nik Aziz - EGM PAS - Pemimpin PAS pro UMNO dll.

Aku ANTI UMNO. Bermakna aku tak suka kat UMNO. Aku meluat dengan UMNO. Aku nak UMNO lingkup. Aku mau UMNO mampuih.

Apabila aku anti Umno dan aku tak suka kat UMNO..... tup-tup ada pemimpin PAS yang suka kat UMNO..... itu aku rasa pelik. Teramatlah peliknya. Aku hairan juga dengan depa ni. Bila PAS menang banyak kerusi.... kawan-kawan lain DAP dan PKRpun menang lagi banyak kerusi, ada pulak pemimpin PAS yang risau.

Depa risau dan takut UMNO mampuih. Pasai apa jadi macam tu? Pasai depa dah termakan dahyah UMNO. Kan ka UMNO dok kata hanya UMNO yang membela orang Melayu. Kalau lingkup UMNO habihlah orang Melayu.... He..he.. he... Andaian bodoh. Bab duit, pangkat, darjah kebesaran dsbnya tok sah kiralah...... itu cuma imbuhan untuk depa.

Buat malu saja. Nama saja pemimpin PAS tapi otak UMNO. Bodoh! Bangang!

Kalau pemimpin ni bukan bodoh dan bangang, pasai apa depa buat macam tu? Depa cerdiklah. Depa boleh gunakan kedudukan depa dalam PAS untuk tawar-menawar dengan UMNO.... Mampuih hidup balik depa tak masuk UMNO. Depa nak bawak PAS sekali. Kalau depa keluaq PAS depa jadi nobody. Tak dak sapa dalam UMNO nak kerling depa. Apa jadipun meti heret PAS sekali.

Jadi apa yang Tok Guru Nik Aziz sarankan untuk buat EGM aku sokong. Kalau tak mau buat EGM, suruh 2-3 ekoq tu pi melingkup.

Aku dah banyak kali kutuk Hassan Ali dalam blog ni. Aku memang tak percaya kat dia dari dulu lagi..... Masa dia umum masuk PAS pada zaman reformasi aku kata dia opportunist. Kawan-kawan aku kata, aku suka sangka buruk kat orang. Dei..... dalam politik mesti ada sangka buruk kalau tak..... jadi macam syeikh-syeikh PAS.... kena main dengan barua UMNO.

AKU ANTI UMNO. KALAU PEMIMPIN DAN AHLI PAS SAYANG KAT UMNO, AKU ANTI DEPA JUGAK.