Sabtu, 7 November 2009

Pemimpin PAS Gila Debat

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik mencabar pemimpin Umno bersemuka dan berdebat atas tajuk ‘siapa lebih beragama?’
“Saya cabar Ustaz Khazan ( Exco Kerajaan Negeri) YB Khazan untuk berdebat atas tajuk (siapa lebih beragama) ini, pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa syarat,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS, disini semalam.

Beliau membuat cabaran tersebut ketika mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat bahawa pemimpin Umno lebih ‘beragama’ berbanding dengan PAS.

Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Terengganu berkata menyifatkan pemimpin PAS ’kurang beragama’ kerana menolak perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan, dan menuduh PAS menolak penyatuan yang dituntut Islam.

Oleh itu, Ustaz Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut mempelawa mana-mana pemimpin Umno berdebat atas tajuk tersebut, sekiranya Khazan tidak mampu.
Katanya, mungkin pemimpin Umno mempunyai bukti bahawa parti itu lebih baik dalam bab ‘beragama’.
“Itu yang kita (PAS) minta dia berdebat, yang dia berani mendakwa, kita belilah, dia jual kita belilah, mungkin dia ada bukti Umno lebih baik (beragama) kita nak dengar lah,“Sebab, bagi kita (PAS) Umno (parti) ini termasuk pemimpin dia (Umno) tidak(lah) baik, dari segi ugama tidak ada (yang) lebih baik dari PAS.
“(Saya bersedia jadi) ahli panel pada bila-bila masa sama ada secara solo dengan Khazan ke atau secara berkumpulan, bila-bila,” jelasnya.
diambik dari Buletinonline
-----------------------------------------------------
Kesimpulannya pemimpin PAS (biasanya ustaz2 dan syeikh2) kebanyakan dari DULU, KINI dan mungkin SELAMANYA adalah spesis yang GILA DEBAT. Sikit-sikit cabar orang debat. Lain kerja tak dak ka? Orang yang dicabar selalunya buat tak dengaq saja. Depa dok menang pilihanraya jugak...... hangpa setakat boleh dua tiga kerusi sebagai pembangkang saja.
Terengganu lagi teruk..... PAS perintah negeri semusim saja....... !!!! Aku agak kalau pilihanraya esok lusa, PAS Terengganu bungkuih jugak...... biaqpun pemimpin UMNO bertelagah.
Tok sah dok pikiaq nak debatlah. Pikiaq macamana nak jadi PAS tulen. Harap pakai jubah macam tok arab tapi otak dan perangai MELAYU. Dok cerita Kerajaang Perpaduang.
Ya syeikh.......!!! Pengundi kalau nak pemimpin Melayu depa ada UMNO!!!

3 ulasan:

  1. salam

    Jenis pimpinang dak rok chetong

    BalasPadam
  2. pas lebih beragama ke? lebih pentingkan parti yg ditubuhkan manusia daripada pentingkan isteri yg dinikahi dgn rukun-rukun agama. sedangkan nak masuk pas bukannya diwajibkan agama. jgn nak putar belit macam putar serban.

    BalasPadam
  3. nak dengar pendapat aziz bari. tentang cerai isteri talak 3 bagi pemimpin2 pas yg keluar parti,

    kahwin kena ikut hukum allah.
    jadi pemimpin pas tak perlu hukum allah pun.

    apa pendapat aziz bari?

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.