Rabu, 11 November 2009

Menantu oh Menantu

Dulu ada cerita Mertua dan Menantu. Yang itu dari puak Melayu atau puak  keris atau gerombolan. Bukan saja pembangkang tak suka tapi puak dia sendiripun meluat habiss.

Kini ada lagi cerita Mertua dan Menantu. Yang ini dari golongan lebai dan syeikh atau orang bulan. Namun ada dalil dan alasan, tapi bukan semua orang bulan terima alasan.

Aku agak, kalau tanya Mertua yang dulunya berkuasa dia akan berkata "Saya ingat saya saja ada MENANTU, orang lain pun ada jugak no!!". Kata-kata macam Pak Pandir kematian anak.

Dua-dua MENANTU ni buat Pak Mertua pening. Banyak kena jawab. 

Elakkan Fitnah: Nik Aziz Mesti Suruh Menantu Letak Jawatan

Apabila SPRM menyerbu pejabat PMBK, heboh di dada akhbar. Lantaklah tu kerja SPRM dan akhbar.

Tapi yang menjadi puncanya perlu dilihat. Seorang lelaki bernama Mohd Ariffahmi bin Abdul Rahman telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan yang menjadi Pengerusi PMBK adalah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. TGNA bapa mertua dan Ariffahmi menantu. Punca di sini bapa mertua lantik menantu. 

Bagi aku yang bukan ustaz dan tentunya bukan ulamak - malah belit serban pun tak tahu, perlantikan ini mengundang PERSEPSI yang negatif pada penyokong dan pengundi serta orang ramai. UMNO mesti seronok habis (mereka tak tunjuk saja!) kerana memudahkan kerja mereka. Bagi mereka pelanduk dah kena jerat atau ikan dah sambar umpan. Tunggu masa nak sembelih atau nak sentap.

Mustapa Mohamad mesti berkira-kira dalam PRU 13 nanti dia akan dapat nama kerana merampas Kelantan dari PAS. Kalau dalam PRU11 dia nyaris rampas Kelantan dalam PRU13 dia dengan mudah merampasnya. Namanya akan masuk dalam daftar sejarah UMNO menjadi orang yang merampas Kelantan dari PAS.

Berapa lama Kerajaan Kelantan yang diterujui oleh TGNA boleh MENGURUS PERSEPSI (istilah yang diguna oleh Syeikh Tantawi) ini? Isu ini tidak akan berakhir biarpun SPRM umumkan tiada unsur rasuah dalam perlantikan CEO dan CEO tidak amalkan rasuah. 

Isu mertua dan menantu tetap akan dimainkan. TGNA bagilah berapa banyak alasanpun PERSEPSI tak berubah. Yang boleh yakin dengan TGNApun ahli dan penyokong PAS yang pro TGNA. Mereka yang proUG bagaimana? Geng Terengganu macamana?

Sebaik-baiknya untuk mengelakkan fitnah kepada keluarga TGNA, PAS Kelantan, PAS keseluruhannya dan tentunya Pakatan Rakyat...... Ariffahmi (jika dia jujur dan ikhlas?) dengan rela hati letak jawatan. Tapi TGNA yang dah berpuluh tahun berpolitik dan lama memegang jawatan MB, suruh aje menantu letak jawatan. Kemudian buat damage control. Habis cerita.

Selasa, 10 November 2009

Siapa Undang SPRM Siasat PMBK?

Siapa yang lapor pada SPRM? Atau soalan menggunakan bahasa yang lebih bertamadun... Siapakah yang mengundang SPRM untuk menyiasat PMBK? Jawapnya.....

Akupun tak tau. Tapi ada dua kemungkinan di sini.

Kemungkinan Pertama:-

Syed Azidi atau Kickdefella yang repot kat SPRM. Selalu bila orang atasan tak boleh nak jawab satu-satu isu depa cari kambing hitam. Sheikh ni dah kena kick dari PMBK. Telah dikorbankan walaupun 10 Zulhijah belum tiba lagi. Lihat sini. Kalau baca blog dia, dia mengaku dia tak buat. Tapi selalunya orang PAS tak percaya pengakuan orang macam Sheikh ni - konon orang fasiq dan munafiq!

Kemungkinan Kedua:-

Pengerusi PMBK iaitu TGNA sendiri yang menjemput SPRM menyiasat PMBK. Maksud aku bukan TGNA hantar surat jemputan kepada SPRM. Undangan dan jemputan pada SPRM di buat oleh TGNA secara otomatik. Maksudnya secara otomatik loceng amaran trigger di pejabat SPRM Kelantan malah HQ Putrajaya apabila TGNA melantik MENANTU jadi CEO di PMBK.

Pendapat Aku

Dari dua kemungkinan ini aku lebih berpegang kepada Kemungkinan Kedua. Sebabnya mudah. Chairman lantik Menantu jadi CEO. Kalau syarikat sdn bhd lantaklah. Nobody care. But PMBK is wholly owned by state government. So everybody care...

Penghormatan aku pada TGNA adalah tertinggi dibanding dengan pimpinan PAS lain. Di puncak piramid. Tapi dalam bab lantik menantu jadi CEO ni aku tak boleh terima. Aku tak boleh terima. AKU TAK BOLEH TERIMA.

Biarpun menantu tu geniuska, bijak melampau ka, laki pada anak yang paling disayangika, bini bising suruh lantik menantuka, hanya menantu saja paling layakka dan seribu satu alasan lagi biarpun keluar dari mulut TGNA sampai berbuih-buihpun, AKU TETAP TAK BOLEH TERIMA!!!!

Itu sebab Hj Hadi, Tapa Ali, Bakaq Chik, Din Mat Isa dan Hassan Ali buat tak heran saja pada Mursyidul Am.

Aku ingat selepas Dollah Badawi pencen, cerita MENANTU tamat. Tau-tau timbul versi lain pulak.

NI DIA PERSEPSINYA....

Kalau lihat blog dia siap bagi kuliah bertajuk Mengurus Persepsi Vol 1 dan Vol 2.

Wow!!! Hebat!!! Bravo Syeikh!!! Ada banyak volume pulak tu. Boleh jadi bervolume2 macam kitab Bahrul Mazi karya Syeikh Idris al-Marbawi kot. Diulang, Syeikh Idris al-Marbawi BUKAN Syeikh Idris Ahmad yang lagi satu tu!! Syeikh Tantawi KP PAS ni tau kah apa yang dia tulih!!!

Kalau ini yang dijadikan bahan usrah oleh Pemuda PAS..... kesian tak ke manalah PAS.... habislah.... pocik!! Persepsi penyokong dan orang ramai takkan berubah jika tiada perubahan berlaku untuk mengubah persepsi.

Aku nak bagi taulah sama Syeikh Tantawi dalam bahasa yang mudah ada beberapa persepsi penyokong, pengundi dan orang ramai pada pimpinan dan PAS itu:-

1.  Kepimpinan Ulamak - yang diagong-agongkan itu telah menjadi KUBU ULAMAK dalam PAS. Hanya ulamak saja yang memimpin biarpun kurang cerdik dan orang lain hanyalah pengikut walaupun bijak. Maksudnya ulamak jadi gemala yang lain biri-biri yang boleh dihambat, pukul, kurung, jual dan disembelih. Ulamak pun guna kaedah 'freemason' dalam promote, menaik dan melindungi rakan-rakan mereka dalam parti.

2.  Ulamak dalam PAS pun kuat menipu dan cakap bohong. Bila timbul isu nafi.. nafi... nafi tapi bila dah terbukti baru mengaku. Cari alasan untuk betulkan penipuan. Kan ka tipu dan bohong itu adalah sifat keji orang munafiq.

3.  Ulamak PAS dok cerita Islam... Islam.. Islam... tapi tindakan, perbuatan dan cakap macam jahiliyah dan assobiyah.

4.  Ulamak PAS menjadikan wala', kepentingan jamaah, ayat Quran dan Hadis sebagai senjata untuk melawan dan menekan penentangan dan kritikan biarpun ulamak yang bersalah.

5. Asas Islam itu Amar Makruf Nahi Mungkar. Tapi ulamak PAS akan diamkan diri jika kemungkaran berlaku di kalangan mereka. Itu Syeikh Tantawi fikir sendiri, aku tak boleh bagi contoh nanti jadi macam ni.

6.  PAS serupa UMNO jugak... Depan orang Melayu cerita Islam dan Melayu tapi depan Bukan Islam cerita lain. Lupa pada Allah apabila UMNO teruk kononnya Melayu lemah Islampun lemah. Harap serban besar bakul iman?

7.  PAS bertindak tidak ikut Islam sebab cuba memecah perjanjian. Contoh pengundi undi PAS, PKR dan DAP tapi bila nak tubuh kerajaan di Perak dan Selangor ada pemimpin yang disukai ulamak yang nak kianati pengundi. Nasib baik ada BA'IAH, kalau tak Hassan Ali dah menjadi Ibrahim Ali dengan wang berrrrrjuta-juta (tak kurang dari 10 juta - kan ka dia dah bagi tau nilai minimanya) 

Itulah sedikit PERSEPSI ahli, penyokong, pengundi dan orang ramai terhadap PAS dan ULAMAK nya. Kalau Syeikh Tantawi nak kata fitnah, idea bodoh, tak kena mengena dengan dia, itu Syeikh Tantawi punya hal. 

Isnin, 9 November 2009

SIAPA PRIMITIF?

Dr Abu Hassan Hasbullah ada mengungkap lebih kurang "Siapa yang menolak persepsi adalah primitif".

Apa maksud primitif sebenarnya? Mungkin berasal dari perkataan "primate". Primate ni dalam bahasa mudah adalah beruk, kera, lutung dan ungka. Kalau rajin baca di sini. Kalau tak faham tengok sini.



Golongan Primitif Bercawat


Di Malaysia, ada golongan primitif. Orang ramai tau golongan primitif terdiri dari orang asli seperti sakai dan jakun. Juga dayak di Borneo. Mereka ni seperti yang dikatakan oleh Syeikh Besar PAS Hj Hadi adalah "kaum yang masih pakai cawat yang tak undi calon PR".

Tapi sekarang ini timbul pulak isu. Golongan bertamadun tinggi dikatakan primitif. Kenapa ya? Sedangkan mereka berjubah dan berserban. Ataupun berbaju melayu bersampin berkot. Takkan mereka primitif? Ilmu mereka tinggi... Hafal ratusan kitab..... Adakah Dr Abu Hassan kenen salah orang?





Mungkin PEMIKIRAN yang primitif....

Ahad, 8 November 2009

Syeikh Misbahul Munir SETPOL MB Perak Yang Hebat!!!!

Hebat sungguh tuan Syeikh Misbahul Munir Masduki @ Syeikh Mi-Sabah, SETPOL MB Perak Ir Nizar. Semua pimpinan PAS dia kenai. Kalau dia kenai saja tak guna..... tapi depa semua pun kenai dia. Pimpinan Pemuda, Muslimat, Ulamak dan semua pimpinan tertinggi PAS dia kenai. Hatta Tok Guru Mursyidul Am. Kiranya dia boleh pukui talipon kat depa, depa musti jawap punya. Tak percaya baca di sini. Garang bunyinya!!!

Hello Syeikh Mi-Sabah, hang punya cakap macam orang juai ubat tepi jalan. Macam salesman kereta. Ha! lagi satu macam broker tanah......

Cerita pasai tanah ni, aku nak tanya Syeikh Mi-Sabah sikit. Hang kenai ka dengan Mohamed Khair Johari bin Hj Osman? Kalau tak silap aku dia mengaku dia orang PAS. Banyak bini. Sanggup belanja ratusan ribu untuk dapat kebenaran bini tua untuk menikah tambah 2-3 lagi. Dia ni pun kawan kamcing Ustaz Ismi. Aku dengaq cerita...... tak taulah fitnah ka apa ka..... Ustaz Mi-Sabahpun baiiiiik jugak dengan si Khair ni.

Ehem..ehem... ada cerita ka Syeikh Mi-Sabah? Si Khair ni memang ada cerita......

Aku copy paste:-

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman. - dari Perakexpress

Lagi satu yang ori oleh RPK:-

1. Umno gave the Sultan a piece of state land known as lot 183578. The land is approximately 600 acres in size and is at Tanjong Tualang in the district of Kinta. This land has been parked under the name of the Sultan’s proxy, Mohamed Khaair Johari Hj Osman.

Aku dengaq cerita jugak.... tak taulah fitnah ka bukan. Urusan minta tanah tu si Khair ni dah mula dari hari PERTAMA MB Nizar masuk ofis lagi. Kerap jugaklah mamat ni cari Syeikh Mi-Sabah. Tak kira siang malam. Belanja teh kopi tu biasa saja. STOP!!! Tak boleh bagi detail lagi.....

Betoi ka cerita ni Syeikh Mi-Sabah? Atau blogger haprak buat cerita? Kalau betoi bertaubatlah Syeikh? Kalau tak betoi......... baguih lah!!!

Ingat Syeikh Mi-Sabah!!! Bukan semua orang masuk PAS nak berjuang Islam..... banyaknya nak jawatan.... harta kekayaan..... dan nak tolong Melayu (UMNO!!!) lagi banyak.

PAS: Benarkah Kemelut Sudah Berakhir?

Aku baca "Berakhirnya Sebuah Kemelut" di sini. Macam tajuk novel tulisan penulis novel lucah yang baru belajar tulis novel kemasyarakatan!!!


Yang hebat gambaq Syeikh Tantawi dengan Dr Aziz Bari. Gambaq syeikh cari makan nak tutup malu. Piraah syeikh! Syeikh dah buat kurang ajaq sebelum ni! Aku dah kutuk di sini. Dan pemimpin PAS yang jadi juara terkutuk dalam blog ni adalah Syaikh Tantawi.



Betulkah seperti yang dikatakan Berakhirnya Sebuah Kemelut? Jawabnya Ya dan Tidak. Jika dari segi nak mengadakan Seminar Khas merupakan satu kemelut..... YA jawabnya..... dah selesaipun. Semua ustaz-ustaz dah balik tidoq dakap bini.... untuk tambah ahli PAS masa depan!


Tapi kalau kemelut itu yang menyebabkan Seminar Khas itu diadakan....... jawabnya TIDAK Syeikh! Kemelut belum berakhir Syeikh. Syeikh jangan pendek akal. Kemelut baru saja bermula.


Kemelut ni akan berakhir semasa syeikh tersengih pahit apabila PAS tinggal tak sampai sepuluh kerusi Dewan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Taukeh Syeikh Tantawi iaitu Syeikh Besar Hj Hadipun lingkup di Marang. Syeikh Abu Bakaq Chik terus mereng sebab kalah bertanding. Stapa Ali redho kalah sebab selalu kalahpun! Syeikh sendiri berjaya jadi calon PAS tapi gagal jadi Wakil Rakyat PAS!


Kalau setakat buat Seminar Khas ni untuk bagi peluang pecacai-pecacai UG, Geng Terengganu serta pembodek Syeikh Besar ada peluang untuk bantai pengkritik-pengkritik parti seperti Aziz Bari, apa gunanya. Dok bodek pimpinan macam Perhimpunan UMNO Jahanam buat apa? Tindakan yang WAJIB dibuat TIDAK dibuat juga!


Resolusi sebelah tangan (5-lah) tu hanya jadi catatan yang akan dijual kepada pembeli paper lama saja. Bolehlah dibuat bungkuih babi di market saja! Apa yang ditulih di Dango Mamamat adalah tepat sekali.


Bagi aku macamana punya sengihpun Syeikh Tantawi bersama Dr Aziz Bari..... Syeikh Tantawi tetap kurang ajaq dan ustaz samseng. Tak layak jadi KP PAS. Ada kerja yang lebih sesuai untuk Syeikh Tantawi...... PENGEBOM BERANI MATI di Iraq, Pakistan dan Palestin. Itu lebih aula Syeikh.