Jumaat, 5 Februari 2010

Tuan Ibrahim Silap Mohon Ampun

Tuan Ibrahim dalam menjawab kutukan ahli dan penyokong AS dalam "BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS", dalam perenggan penutupnya dia menyatakan:-

"Kepada Allah saya pohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan dengan bebanan yang lebih berat di akkhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah."

Perenggan ini menunjukkan 2 watak Tuan Ibrahim. Pertama kononnya dia seorang ustaz yang warak dan tawaduk yang sentiasa memohon keampunan kerana takut dia buat salah. Yang Kedua diapun jahat jugak sebab dia bagi amaran dan takutkan orang lain, macam Ketua Mafia.

Tapi apapun.... yang aku faham.... Tuan Ibrahim cuba berselindung di belakang nama ALLAH. Melepaskan diri dengan mohon ampun pada Allah.

BAGAIMANA TUAN IBRAHIM NAK DIAMPUNKAN OLEH ALLAH SEDANGKAN KESALAHANNYA KEPADA MANUSIA. MANUSIA YANG DIKENCING OLEH TUAN IBRAHIM ITU RAMAI. DALAM HAL NI MANUSIA AMPUNKAN DULU BARU ALLAH AMPUNKAN. TAK GITU TUAN IBRAHIM!!?


Khamis, 4 Februari 2010

Guan Eng Tak Dak Kelas!!!

Aku tengok Berita TV3 pukui 8 malam semalam. Macam-macam cerita nak kondem pemimpin PR. Dah tu ada pulak ahli politik PR yang dok buat heboh. Ahli Parlimen Nibong Tebai, Tan Tee Beng kata Ketua Menteri Pulau Pinang tak dak standard dan tak dak kelas untuk jadi Ketua Menteri. Betoi ka?

Apa dia merapu ni......? Macamana ukuran "standard" dan "kelas" yang Tan Tee Beng maksudkan?

Tapi yang sahihnya TAN TEE BENG yang tak dak standard dan tak dak kelas. Termasuk dalam golongan tak dak kelas ni ialah Zahrain dan Zulkifli Nordin. Depa tiga ekoq ni Ahli Parlimen paling PARIA dari Pakatan Rakyat.

Rabu, 3 Februari 2010

Alasan Tuan Ibrahim.....

Dalam bab Khalid Samad, Pengerusi JK Disiplin PAS, Sir Ibrahim Sir Man dah panaih pungkok........ Jadi dia tak boleh dudok diam. Dia kena bagi alasan........tengok dalam BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...... Amboi tajuk hebat juga.

Sir Brahim...... macamana UMNO Jahanam nak serang PAS dalam bab Khalid Samad ni...... Dia antara individu yang UMNO Jahanam meluat. Bila Sir Brahim dan kuncu-kuncu hukum Khalid begitu..... maka JK Disiplin telah memudah dan menolong UMNO Jahanam lah.

Lepaih tu Sir Brahim pulak hanya bagi ancaman yang tak menakutkan pada Barua UMNO Jahanam iaitu Hassan Ali....




Tepat dan Betul

Apabila bercakap hal Ketuanan Melayu aku rasa Penarik Beca dengan "Ketuanan Melayu Adalah Boneka Cina yang Sebenarnya" adalah tepat dan betul.

Ketuanan Melayu adalah boneka Cina yang sebenarnya

AlhamduliLlah! Hari ini saya jumpa ayat yang saya nak ucapkan selama ni. Sebelum ni, tak terbentuk ayat itu dalam pemikiran saya. Terpaksa buat ayat panjang. Saya selalu kata, siang hari terjerit-jerit fasal Ketuanan Melayu. Di malam hari pula, merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah -makan babi sebenarnya sebab Tun Dr Mahathir Mohamad kata rasuah macam makan babi.

Baca seterusnya di sini.......

Selamat Jalan.....


Mungkin tak lewat aku ucapkan "Selamat Jalan" kepada Menantu Nik Aziz iaitu Ir Arifahmi kerana melepaskan jawatan lebih awal walaupun dah terlewat. Beliau memegang jawatan hingga 31 Januari 2010 lalu. Lihat sini.

Diharap Menantu ini tak buat lagi hal-hal macam ni dan Nik Aziz juga begitu. Perkara Anak Menantu bagi seorang pemimpin yang berkuasa adalah perkara besar dan berat, lebih-lebih lagi pemimpin itu juga seorang ulamak yang dihormati.

Isnin, 1 Februari 2010

Sama Saja

Jawatan Kuasa Disiplin PAS dan UMNO sama saja. 2 x 5. JK Disiplin PAS yang dipengerusikan oleh Sir Ibrahim Sir Man sama saja dengan JK Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh... entah orang tua mabuk manapun aku tak ingat....!

Kalau JK Disiplin PAS sama JK Disiplin UMNO; maka pengerusi pulak tentu setaraf. Sir Ibrahim sama dengan orang tua mabuk tu.....

Cuma adakah PAS itu sama dengan UMNO......?
Kalau sama kena cari parti lain lah.....

Jumaat, 8 Januari 2010

Dengan Nama "ALLAH" UMNO Akan Rampas Kerajaan Selangor

UMNO Jahanam memang berniat untuk rampas Kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Jalan sudah dibuka. Hanya tunggu masa yang sesuai. Itu sebabnya demo puak-puak yang kononnya mepertahankan Allah dibiarkan saja. UMNO akan gunakan isu penggunaan nama ALLAH untuk merampas Negeri Selangor.

Bagaimana? Mudah saja. Gereja Kristian samada kecil atau besar dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur memang banyak. Gereja akan dibakar buat permulaannya. Lihat sini... dah empat gereja dibakar. Kereta orang awam bertanda salibpun dah dikacau.

Lagi banyak gereja akan dibakar dan dimusnahkan, malah tokong cina dan hindu mungkin akan diusik juga. Ini bagi tujuan supaya berlaku ketegangan yang membawa kepada kekacauan. Semuanya tertumpu di Selangor dan KL saja.

Kerajaan Persekutuan mungkin akan umumkan perintah berkurung di negeri Selangor dan KL. Dan yang utamanya isytihar Darurat di Selangor.

Dengan mengisytihar darurat di Selangor, Kerajaan Persekutuan (UMNO?) akan ambil alih kekuasaan negeri Selangor dengan menubuhkan Majlis Gerakan Negara (Mageran) atau apa nama yang mereka suka sebut untuk mentadbir Selangor hingga ke satu masa yang mereka fikirkan sesuai untuk diadakan pilihanraya.

Jadi jangan jadi bodoh untuk menyertai demonstrasi atau melakukan apa-apa perbuatan yang disangka 'jihad' sedangkan pihak UMNO hanya menggunakan Allah untuk merampas negeri sahaja.