Sabtu, 9 Februari 2013

Gobala Supply Pil Khayal Kat Najib!

Memang sah Najib pekena pil khayal dan minum todi yang Gobalakrishnan supply. Dia tak tak tau apa yang mulut dia merepek. Kalau tanya dia balik apa yang dia cakap tentu mulut dia ternganga.

Najib pesan kat "pembangkang" selepas PRU13 ni mesti terima keputusan pilihanraya. Rakyat dah tak pilih depa.  Jangan dok buat huru hara.

Ha ha ha Najib tu dalam tak sedaq dia dah pesan kat diri sendiri, Mohyidin dan UMNO yang depa dah bungkuih masa tu. Pakatan Rakyat menang bermakna UMNO dan BN jadi pembangkang. Maka jangan dok buat huru hara. Kalau buat jugak polis-polis yang lama geram kat UMNO mesti pelangkong depa sampai berdeghemen.

Selamat menjadi Pembangkang wahai Najib dan UMNO Jahanam. Ingat pesanan sendiri!

PM: Terima keputusan PRU dan tak timbulkan huru-hara

Perdana Menteri berharap pembangkang menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.
    
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. 

"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat. 

"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara hari ini.
    
Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri
 tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti. - Bernama

Malaysiakini

Najib Cakap Apa Ni?

Najib ni aku agak telan pil hayal atau minum todi yang Hindu kawaq Gobalakhrisnan supply kat dia kot. Dia cakap merapu. Boleh jadi jugak dah short circuit putuih wayar pasai banyak pikiak apa nak jadi lepaih PRU13.. Dia cakap apapun dia sendiri tak tau. Ikut dan keluaq dari mulut. 


Najib: Pakatan pun nak Psy tapi BN dapat dulu...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal mengapa majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang "mahu dicemari dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan ia diadakan".

Sebaliknya, katanya, majlis tersebut bertujuan baik untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya di kalangan orang Cina.

"Kita tidak pernah halang apa-apa (yang Pakatan) nak buat majlis. Bila kita nak buat majlis, dia nak buat macam-macam halangan seperti nak turun poster 1Malaysia. Gambar saya pun diturunkan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu negara petang ini.

Menjawab soalan, Najib yang juga presiden Umno turut menyindir DAP yang mengikut ala Gagnam Style dalam lagu "Ubah Gagnam Style".

"Tapi bila kita buat, dia tuduh kita macam-macam. Sebenarnya niat di hati dia nak jemput Psy itu untuk ada dalam majlis atas nama Pakatan.

"Tapi Psy ada dalam majlis kita, jadi rosak program dia. Itu cerita sebenarnya," sindir Najib yang berseloroh, disambut dengan gelak ketawa hadirin.

BN Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di negeri itu pada 11 Februari dengan menjemput penyanyi tersohor Korea Selatan Psy.

Hal tersebut menimbulkan pelbagai reaksi termasuk dari Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta rakyat hadir memakai baju kuning, oren, merah dan hijau.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen menghangatkan suhunya, apabila berhasrat untuk menari dengan penyanyi itu jika berpeluang berbuat demikian.

Menjawab soalan, Najib yang juga pengerusi BN, berkata parti itu tidak pernah merosakkan majlis Pakatan.

"Dia nak buat majlis, buatlah. Apa pasal nak rosakkan majlis kita," katanya sambil mendakwa berasa pelik dengan tindakan Pakatan, sedangkan sebelum ini BN pernah membuat banyak majlis di negeri itu.

Sementara itu, wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan membuat liputan sidang khabar perdana menteri hari ini. Bagaimanapun, Malaysiakini mendapatkan rakaman audio sidang media tersebut.

Malaysiakini

Jumaat, 8 Februari 2013

HARUSSANI MOHON TANAH DARI ZAMBRY


Depa kata tarikh 8 Februari adalah hari jadi Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri yang pertama. Kalau dia ada lagi dia berumoq 110 tahun dan hambus 110 batang lilin menyemboq ayaq lioq. Fahaman politik letak tepi, dia dah tak dak, jadi hadiahlah Al-Fatihah kat dia.  

Cerita bawah ni telah aku siar dalam blog ni pada 8 Februari 2010 yang lalu. Hari ni genap 3 tahun. Hari ni aku ulang siar. 

HARUSSANI MOHON TANAH DARI ZAMRY
Pintu bilik pejabat aku dibuka, terjengoi Setiausaha aku, Noni dan terus bagitau "Encik, ada sorang haji nak jumpa".

"Haji!! dari mana?" balas aku. "Mintak derma kot... Awak bagilah sepuluh ringgit duit petty cash tu" aku terus arah Noni kerana aku malas nak layan Haji tu.

"Saya dah tanya.... dia kata bukan minta derma tapi ada hal lain... Hal blog... dia nak jumpa Encik jugak" Noni ni cekap juga, tahu saja perangai aku, dia mesti soal macam-macam sesiapa yang nak jumpa aku.

Cerita blog-blog ni bahaya. Noni dan semua staff kat pejabat aku pun tak tau aku Lee Copper. "Tak palah pangge dia masuk".

"Ok!" Noni terima arahan sambil keluar ke tempatnya.

Seketika kemudian Noni buka pintu dan mempersilakan Haji itu masuk.
"Assalamualaikumwarahmatullah..." Haji itu bagi salam sambil hulur tangan untuk berjabat tangan dengan aku. Aku yang berdiri untuk sambut Haji tu terus menghulur tangan sambil jawap salamnya. Aku persilakan Haji itu dudok .

"Ada apa yang boleh saya bantu" aku buka bicara.

"Saya Haji Sapaq.... kalau ikut maqraj Arab sebut Haji Safar" beliau menyebut perkataan SAFAR macam Arab. "Saya mai daghi Paghit Buntaq.... saya imam Masjid Paghit Tok Chah".

Haji Safaq terus bercakap "Sebenaqnya saya ni sepupu dengan Tan Sri Harussani... mak saya mak penakan dia.... Kami ni kira orang KULAAN la..... saya mai ni pasai dia lah".

"Pasai apa?" tanya aku. "Pasai Harusani pi semahyang hajat dengan Zamri...... Saya pun depa suruh pi tapi saya jenih ketegaq.... tak dak pasai saya nak pi semahyang hajat dengan Zamry kurang ajaq nih" Haji Safaq mula tinggi suara.

"Saya minta kalau boleh la..... Encik Lee tolonglah buboh dalam blog Lee Cooper perkara yang saya nak bagi tau ni" Haji Safaq terangkan kehendaknya.

"Bukan Lee Cooper.... Lee Copper......Blog saya ni koman saja.... Tuan Haji carilah Al-Banjari ka.... kan ke dekat dengan rumah Tuan Haji..... Kalau tidak Mat Saman Kati ka.... Manjung Mari ka..... " balas aku.

"Ha.... Lagi satu saya nak tanya tuan Haji sikit boleh ka?" soal aku. "Apadia?" balas Haji Sapaq.

"Macamana haji tau blog saya Lee Copper? Saya tak pernah bagitau orang pun. Secretary sayapun tak tau" aku menyoal.

"Tu senang saja.... saya tengok IP address" jawab Haji Sapaq dengan yakin. Aku mula konfius. Kalau Haji ni boleh dapat IP address akupun bukan dia tau aku sapa dan di mana pejabat aku. Kacau.... kacau. Tapi lantaklah..... Layanlah....

"Encik Lee tau ka? Harussani tu memang berlagak nak mampuih dari dulu lagi" Haji Safaq dah mula buka cerita.

"Masa dia jadi Kadhi Besaq di Penang dulu dia dah belagak habih.... Kereta kerajaan Volvo 240.... dia pulak beli Nissan Cefiro. Kalau mai kot kampung kami dia dudok dalam Cefiro tu jelin tak jelin saja kat kami kat tepi jalan..... bawak kereta laju macam setan. Lani pun kalau tengok dia pi market ka... pasar tani ka... dia bawak orang gaji... tapi orang gaji tu haram tak pakai tudungpun... Mufti apa macam tu" laju Haji Safaq bercerita.

"Maaf Haji, cerita jenih ni saya tak boleh buboh dalam blog saya.... kalau betoi pun depa kata saya fitnah..... Saya mengaku memang saya dok kutuk Harusani.... tapi saya kutuk saja... reka cerita saya tak buat" aku cuba mengelak jadi penyebar cerita Haji Sapaq yang entah betul entah tidak dalam blog aku.

"Encik Lee tok sah takut..... saya boleh tulih ataih kertas cerita saya..... Encik Lee cuma kopi masuk blog saja....kendian saya boleh buat surat sumpah kata memang saya yang tulis cerita dalam blog tu". Haji Sapaq cuba yakinkan aku.

"Ya ka?" tanya aku ringkas. "Ya la" jawab Haji Sapaq.

"Tak pa... tak pa... haji cerita dulu kat saya... nanti saya pikiaq lagu mana" kata aku yang memang seronok dengar cerita pelik-pelik ni.

"Encik Lee tau ka pasai apa Harusani tu pi semahyang hajat dengan Zambri..... lepaih tu arah imam-imam dengan bilal masjid wajib pi". Aku bagi tumpuan pada cerita haji tu.

"Harusani yang bagi akai kat mamak sekoq tu.... pangge semua imam-imam, bilal, budak-budak sekolah agama satu Peghak..... buat semahyang hajat..... di ghumah dia......... orang lain yang muka macam kawaq semua tu buat wayang saja..... bagi nampak ramai". Haji Sapaq bercerita sambil tangannya diutau ke sana-sini.

"Dia dah lagho..... buat kerja ikut nafsu..... dia ni bukan buat kerja kerana Allah.... tak dak aih... lagi tua ni lagi dia merapu.... bagi saya tuhan diapun bukan Allah lagi.... tapi UMNO.... Lebih Melayu dari Islam.... Macam Encik dok tulih Harussani ni Mufti Melayu Purba tu memang tepat" Haji Sapaq mengutuk Harussani.

Haji Sapaq menambah lagi "Encik Lee, ni saya nak habaq.... Zamry cukup suka kat Harusani.... dia bagi balak 2 kompatmen..... boleh jadi mufti selagi dia mau".

Dapatlah..... Tanah kat Aku....... Amin!!!!

"Baghu ni masa Harusani sembang dengan mamak tu pasai nak buat semahyang hajat..... mamak offer dia tanah lot di Meru Height untuk buat banglo.... tapi Harusani tak mau.."

"Pasai apa dia tak mau" tanya aku.

"Pasai Harusani nak tanah dekat Padang Polo"

"Dia nak buat apa tanah dekat Padang Polo? Itu sudah lebih!!!" sampuk aku.

"Harusani dah tua... dia nak buat MAKAM DI PADANG POLO" jelas Haji Sapaq

"Ada ka.." belum sempat aku habih bercakap, tiba-tiba....

Tok... tok... tok.... "Abah bangun bah Zohor dah nak habis ni!!" aku dengar suara anak aku ketuk pintu bilik kejutkan aku dari tidur.

Ciss mimpi lagi.... mimpi di siang hari pulak tu. Tapi mimpi Harusani minta tanah nak buat KUBUR di PADANG POLO, IPOH dekat jirat Cina.... Kah... kah... kah....

Selasa, 5 Februari 2013

Ketua Ulamak UMNO & Ketua Ulamak PAS

Dr Haron Taib
Ketua Dewan Ulamak PAS adalah Haron Taib. Beliau pernah jadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu semasa PAS berkuasa sepenggal. Sepenggal saja dari 1999 hingga 2004 sebab PAS bungkuih. Selain dari pengundi hantu yang BN bawa masuk ke Terengganu, faktor orang macam Haron Taib juga penyebab kekalahan di Terengganu. Tengoklah keputusan PRU12 dulu, PAS negeri lain boleh menang banyak di Terengganu tetap ciput jugak!

Dulu dalam hujung 80an dan awai 90an kalau baca Harakah, ada Doktor di depan nama dia, Ustaz Dr Haron Taib. Tup-tup hilang Dr. Aku tanya kawan aku yang kuat PAS Wilayah masa tu, mana hilang Dr kat Haron Taib, dia jawab Haron Taib tak dak Dr, cuma dok buat PhD, baru buat PhD dah pakai Dr. Kemudian dengar cerita PhDpun  tinggai macam tu saja.

UMNO tak dak dewan ulamak. Depa suka guna 'pergerakan', macam Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri. Pergerakan Ulamak tak dak. Pasai apa tak dak? Dah ulamak tak boleh bergerak dalam UMNO. Ustad-ustad dalam UMNO tukang baca doa, kecuali depa ubah perangai jadi macam yang lain baru depa boleh diterima untuk berjawatan dalam UMNO. Maksudnya depa kena jadi setan jugaklah!

Dalam pada tak dak Pergerakan Ulamak tapi UMNO ada jurucakap dari kalangan ulamak. Depa ni  ada otoriti. Jadi mufti. Mufti ni kerajaan bayaq gaji. Kerja mufti senang dan mudah. Hanya jadi tukang baca doa dalam majlis melibatkan ketua agama negeri. Lain-lain kerja yang libatkan ketua agama macam doa kekah cukuq kepala anak cucu ketua agama. Doa masa ketua negeri dan anak cucu kahwin dan doa masa pertabalan ketua negeri.

Kerja lain mufti ialah tukang pengesah tengok anak bulan ramadan dan syawal. Bagi fatwa lebih kurang kalau ada timbul apa-apa masalah remeh-temeh umat.

Dan tugas hakiki yang penting adalah katup mulut, dudok diam dan senyap sunyi sepi bila ketua agama dan pemimpin parti pemerintah munafik sekular buat perkara yang tak betoi dan bertentangan dengan Islam.

Di kalangan mufti ada ketuanya. Bukan Pengerusi Majlis Fatwa. Ketua ulamak UMNO di kalangan mufti adalah Tan Sri Dato' Seri Dr Haji Harussani Zakaria. Dialah yang paling menonjol. Dia lebih Melayu dari Islam. Rakan dia pernah tegur dia pasai terlalu jarang pakai jubah di mana sebagai mufti dia kenalah utamakan sunnah. Dia jawab mudah, pakai baju melayulah kita orang Melayu. Ha ha ha Mufti Melayu pakai baju batik macam Belia 4B.

Haru sana sini
Mufti ni perkauman. Dia sanggup jadi barua parti UMNO semasa nak tubuh kerajaan di Perak selepas PRU12. Dialah yang sibok pi Kota Baru menyembah Nik Aziz untuk PAS bergabung dengan BN bentuk kerajaan di Perak.

Mufti ni juga nak jadi juara mempertahankan orang Islam dari murtad. Dia gila jaja isu murtad pasai anak penakan dia telah murtad masuk kristian di Singapura. Dia yang berjawatan mufti rasa tercabar dan hangat hati. Jadi dia pulun isu tu.

La ni dia jadi tukang jaga nama Allah. Siap kata orang Islam akan menjadi kafir jika benarkan pihak lain guna kalimah Allah. Bagi aku ketua ulamak UMNO bagi kenyataan ni hanya nak nak tunjuk UMNO betoi.

Dalam isu nama Allah ini Ketua Ulama UMNO dan Ketua Dewa Ulama PAS memang seia sekata. Depa sepakat dan berpendapat yang sama. Cuma Haron Taib takut nak buka mulut lebih. Pendapat depa selari macam pendapat depa untuk UG. Depa berdua yang kalut nak UG PAS dengan UMNO.

Bagi aku sapa yang mendokong UG orang tu adalah mempercayai dan yakin UMNO dan BN saja boleh menjaga Islam dan perintah Malaysia. Besaq mana serban yang dia, berapa hebat jubah dan berapa panjang janggut yang dia bela aku tetap tak percaya kat orang tu jika orang itu suka pada UMNO. Nak kata depa munafik aku tak berani la.....

Tereka Kok DAP - Dare To Try

Wah Teresa Kok dengan video Tahun Baru Cina - Dare To Try. Boleh berlakon jugak Teresa Kok ni. Syabas!

Part 1



Part 2




Isnin, 4 Februari 2013

Syabas Gudang Duit UMNO & Rozali Ismail Barua UMNO

Pemimpin UMNO melalui Kerajaan Persekutuan telah umum untuk bantuan sebanyak RM120juta kepada Syabas untuk mengatasi masalah air di Lembah Klang. Sebelum ni dah berapa ratus juta ringgit diberi pada Syabas.

Sebenarnya Syabas adalah gudang simpan duit UMNO, manakala Rozali Ismail merupakan pemegang amanah dengan komisen jutaan ringgit setahun. Dia barua depa saja.  Gaji, elaun dan bonus bernilai puluhan juta setahun yang Rozali Ismail sapu bukan dia makan sorang. Dia kena pawah dengan hantu raya lain yang akan pulaih teloq dia kalau dia kencing depa. Ada menteri dan orang-orang UMNO tertentu kutip duit bulanan dari Rozali Ismail untuk duit belanja market depa.

Untuk belanja kasaq dan besaq depa guna duit projeklah. Apabila UMNO nak pakai duit Rozali akan bagi duit tu melalui kontraktor dan pembekal Syabas. Kemudian Kerajaan Persekutuan akan 'replenish' semula duit yang diambil dengan peruntukan-peruntukan untuk penggantian paip, pembinaan loji-loji pembersihan air dan lain-lain lagi lah.

Pasai apa Kerajaan Persekutuan kalut nak bagi bantuan kepada Syabas? Sebabnya PRU13 dah terlalu dekat. Duit Syabas mungkin telah dikorek. Duit tu mesti diganti. Cara ganti ialah dengan bagi bantuan untuk Syabas konon untuk kerja-kerja yang akan beri manafaat pada pengguna. Itu semua adalah tipu helah dan auta.

Barua UMNO