Jumaat, 18 Disember 2009

IPOH - SERATUS RIBU SATU HURUF



Tanda nama IPOH dibina dengan harga RM100,000/- satu huruf. Konon nak bagi Ipoh nampak hebat. Hebat apanya? Ipoh ni kan dah setaraf ibu negeri di Afrika yang selalu kena rampasan kuasa.

Senggaraan tak tau pulak berapa kosnya. Cerita di sini.

Sapa suruh pasang signage ni? Apa nama....... Raja.... tanya Tukar Tiub!!!

Khamis, 17 Disember 2009

Kaki Dangdut Yang Pilih AJK Masjid Di Perak

Salam Maal Hijrah 1431. Bila cerita tentang hijrah.... tentu ada sangkut-paut dengan masjid.

Perlantikan AJK Masjid dalam Negeri Perak bukanlah dibuat dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh ahli kariah masjid.

Tetapi dilantik oleh sekumpulan orang yang terdiri dari Orang Besar Jajahan (OBJ - entah apa kerja dia, DO dah ada - mungkin kepala pembodek raja peringkat daerah kot?), Penyelaras Masjid Daerah (bolehlah - kena dengan kerjanya) dan Penghulu Mukim (ini pegawai kerajaan taraf 'Penolong Pegawai' - kebanyakan barua UMNO).

Senarai AJK selalunya direkomen oleh UMNO melalui Ketua Kampong. Ketua Kampong tentunya pemimpin pedukang UMNO cawangan. Tapi yang paling berkuasa Ketua UMNO Bahagian.

Lihat contoh di sini. Jabatan Agama (JAIP) tak boleh ubah senarai. Depa marah. Depa kata belakangkan senarai Nazrin Shah pekenan!!

Kesian kat masjid-masjid di Perak...... kaki putar alam, kaki dangdut dan kaki botol yang pilih AJKnya. Patutlah kegiatan-kegiatan masjid di Perak lebih ketat dari masjid-masjid di Republik Rakyat China.

Sabtu, 12 Disember 2009

Menantu Gampang Nik Aziz Jawablah Fitnah Kickdefella

Lagi lama menantu gampang sial berada di PMBK aku rasa lagi banyaklah keluaq cerita-cerita yang cuba ditutup oleh pemimpin Pas Kelantan.

Mungkin Menantu Gampang dok tunggu di PMBK tu sebab dia nak settel kerja dia dulu kot. Fine tune mana patut. Hilangkan bukti kerja jahatnya. Sapa tau.....

Sekiranya apa yang ditulis oleh Kickdefella di sini (Dari Bazaar Tok Guru Jadi Busut Almenantunya) tak betul, maka tentunya fitnah. Adalah menjadi kewajipan Menantu Gampang dan pemimpin PAS Kelantan jawab dan nafikan. Jika tidak ianya bukan fitnah.

Tapi AWAS JANGAN TEGAKKAN BENANG BASAH.


Lama Tak Baca Berita Macam ni........

Sukan Sea: Kejutan anak buah Rajagobal



PEMAIN Malaysia merai detik gemilang selepas Ahmad Fakri meledak gol kemenangan 2-1 ke atas Thailand petang semalam.

Singkir juara lapan kali berturut-turut untuk ke separuh akhir

TANGISAN bukan milik Malaysia apabila skuad negara gah menempah tiket mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan juara lapan kali berturut-turut, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos, petang semalam.

Ketika segalanya ibarat sudah ternoktah, apabila Thailand menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-53, anak buah K Rajagobal menjelmakan kebangkitan luar biasa dengan dua jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir untuk menebus kehampaan dua tahun lalu di Korat.

Kejayaan itu menjamin pertemuan dengan tuan rumah, Laos, Isnin ini, ketika Thailand dipaksa pulang berduka selepas rekod 36 tahun tidak pernah gagal mara ke peringkat empat terakhir itu, akhirnya dileburkan.

"Hari ini, pasukan yang lebih baik menang dan pasukan itu adalah Malaysia. Saya amat gembira untuk pemain saya. Mereka tidak pernah mengalah biarpun ketinggalan. Saya bangga kerana mereka membuktikan punya kemampuan bangkit biar pun dalam situasi sesukar ini," kata Rajagobal sebaik tamat perlawanan.

Sememangnya pada peringkat mula, segalanya menuding ke arah pintu keluar. Malaysia perlukan kemenangan ketika Thailand hanya mencari seri untuk melangkah.

PEMAIN negara meraikan kejayaan luar dugaan mereka selepas mengejutkan juara lapan kali berturut-turut, Thailand 2-1.

Petanda bahaya terjelma seawal minit keenam, apabila Ahmad Sharbinie Allawee berdepan situasi satu lawan satu dengan Sompong Soleb. Rembatan deras dijelmakan lawan, namun Sharbinie kemas mendakapnya.

Dua kesempatan dimiliki skuad negara pada babak pertama – kedua-duanya menerusi gerak serang balas pantas. Sayangnya, Safiq Rahim tertampan sipi umpanan silang Norshahrul Idlan Talaha ketika Shahrul kemudian lambat menolak bola umpanan Safiq untuk benteng lawan cepat mengeluarkannya.

Minit ke-53, apa yang dibimbangkan bertukar menjadi nyata. Daripada sepakan percuma sedikit di luar kawasan penalti, Arthit Sunthorphit melencongkan bola cantik terus menerjah jaring tanpa Sharbinie mampu berbuat apa-apa.

Tetapi kemasukan Mohamad Azmi Muslim kemudiannya menyuntik kebangkitan apabila benteng lawan kerap kali dipaksa berundur. Hasil gerak balas pantas pada minit ke-81, lintangan pemain itu yang berlalu di hadapan pintu gol Thailand disambut Nasriq Baharom untuk mengikat kedudukan.

Selepas itu, Malaysia terus mengasak tanpa kenal erti mengalah. Dua minit pada masa kecederaan, usaha itu dibalas gol kemenangan Ahmad Fakri Saarani yang menghulur kaki untuk menyambung umpanan Norshahrul terus ke sasaran.

Kesebelasan Thailand rebah kecewa, diiringi tangisan, ketika seluruh pemain negara melonjak gembira apabila manisnya kejayaan berjaya direalitikan.


Jumaat, 11 Disember 2009

Ariffahmi: Menantu Gampang Yang Kurang Ajar

Sekarang Menantu Gampang jadi KURANG AJAR. Menantu Gampang Nik Aziz ni dah pandai dok soal orang. Dah banyak dibagi muka oleh pimpinan PAS Pusat. Dia dah persoal kenyataan Mahfuz Omar.

Dia ni sapa? Kalau setakat jadi pemimpin Pemuda Pas di Kelantan saja tok sah banyak ceritalah. Itu pun dilantik sebab dapat bonus sebagai Menantu Nik Aziz. Kalau kekuatan sendiri dah pecah kepala dipijak orang.

Aku pun hairan apa yang sigampang ni dok pertahankan di PMBK tu. Nik Aziz mungkin dah makan nasi kangkang ayaq teloq Menantu Gampang kot. Orang lain tegur dia pasai Menantu Gampang dia melentin semacam saja!

Saudara Mahfuz, jangan dilayan sms atau call mamat gampang sekoq ni. Dia ni jenis "Budak baru masuk jawi (bersunat) peliaq baru balajaq keraih, ada nafsu nak mengorat janda tetek besaq".

Tengok macamana KURANG AJARnya Menantu Gampang....... dalam Menantu Nik Aziz persoal motif Mahfuz buat desakan.


Najib Belum Pecah Perut Sebab Doa Nik Aziz Tak Makbul

Seminggu dua ni heboh berkenaan kenyataan Nik Aziz iaitu "Doa Sampai Pecah Perut" kerana UMNO khususnya Najib enggan membayar royalti petrolium kepada Kerajaan Kelantan. Aku suka juga kalau perut Najib tiba-tiba meletup dalam Dewan Rakyat dan diikuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO lain termasuk ahli UMNO. Akupun dok bayangkan kejadian bakal berlaku itu. Tentu meriah dan terlompat-lompat penyokong PAS melihat Pesta Pecah Perut.

Tapi aku dapat rasa, perut Najib tak akan pecah. Muhyidin Sembab, Hisham Pondan, Shafie Bedal dan semua pemimpin UMNO Jahanam serta ahli-ahlinya tidak akan pecah perut dengan doa Nik Aziz.

Doa Nik Aziz kali ni tergantung, terdinding, tersekat dan tidak mustajab serta tidak makbul kerana Nik Aziz ada kes. Kesnya Menantu Gampang. Kes Menantu Gampang Nik Aziz ini sepatutnya dah selesai dengan perletakan jawatan Menantu Gampangnya. Akan tetapi Menantu Gampang Sial ini mencari helah untuk melanjutkan kerjanya di PMBK dan Nik Aziz sebagai Pak Mertua hanya setuju dan kini paling hebat backing Menantu Gampang pulak.

Itu sebab Najib tak bising-bising pun hal Menantu Gampang ini. Dia tau selagi Menantu Gampang berterusan di PMBK, doa Nik Aziz confirm tak makbul. Najib dok berharap Menantu Gampang ni terus jadi CEO PMBK, sebabnya selain dari doa pecah perut tak makbul, Najib boleh gunakan isu Menantu Gampang Nik Aziz pada masa yang sesuai bagi kepentingan politik UMNO Jahanam.

Nik Aziz Saja Tiada Lagi Tok Guru

Mulai pagi Jumaat (11 Disember 2009) ni, blog ni hanya menggunakan nama NIK AZIZ saja bagi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat. Tiada lagi perkataan penghormatan iaitu Tok Guru atau Tuan Guru.

Ini kerana isu Menantu Nik Aziz masih lagi berpanjangan dan nampak gayanya Menantu Aziz Aziz masih liat untuk berhenti serta-merta. Nik Aziz sebagai MB yang juga Pak Mertua dilihat berkali-kali pertahankan menantunya. Sehingga teguran dari pemimpin lain tak diendahnya. Dan Nik Aziz kelihatan berlagak sombong!

Pertemuan Dua Pak Mertua

Juga bersesuaian dengan polisi blog ini, yang tidak suka bodek pemimpin, maka Nik Aziz juga tak terkecuali. Blog ini juga tidak meletakkan gelaran seperti Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Datuk dll pada sesiapa saja pemegang gelaran tersebut bukan saja dari UMNO Jahanam malah PAS dan PKR sejak dulu lagi.

Hanya Nik Aziz saja terkecuali sebelum ini. Blog ini merujuk padanya sebagai Tok Guru Nik Aziz atau TGNA. Tapi mulai hari ni Nik Aziz dianggap sama setaraf dengan lain-lain ahli politik samada mereka ahli politik baik atau buruk, warak atau jahil dan budiman atau bajingan. AHLI POLITIK TETAP AHLI POLITIK SIFAT MEREKA SAMA.

Di samping itu, dengan dibuang gelaran tok guru pada nama Nik Aziz, maka blog ini dengan senang hati boleh mengkritik dan mengatakan apa saja pada Nik Aziz tanpa perlu ingat dia adalah tok guru.

Khamis, 10 Disember 2009

Menantu Gampang Punya Pasai Tok Guru Pun Jadi Karut

Aku memang bengang kat Menantu Gampang Tok Guru yang namanya Ariffahmi. Menantu ni kalau bijak, cerdik dan pandai macam Pak Mertua ingat, mati-mati tak akan terima jawatan COO dan CEO PMBK. Tapi oleh sebab dia bangang, bengong dan akai dia dikawal oleh nafsu serakah, dialah yang tergedik-gedik nak jadi CEO. Itulah natijahnya masuk universiti pasai kouta Melayu!!! Bukan excellentpun dalam pelajaran menengah, tapi pasai Melayu, anak negeri Kelantan bangsat yang mundur maka bolehlah masuk universiti.

Kononnya Enginer hebat sampai Pak Mertuapun dah lupa orang lain berlambak lagi boleh jadi CEO PMBK. Menantu Gampang ni setaraf Khairy Jamaluddin. Depan Pak dan Mak Mertua mesti pijak semutpun tak mati tapi kalau di luaq sekali bersin sekawan gajah tumbang! Piraaah Menantu Gampang

Tapi la ni akupun dah mula bengang kat Tok Guru sendiri. Tok Gurupun dalam bab Menantu Gampangnya dah jadi tak rasional. Mula ungkit tak dak kesalahan lantik menantulah, menantu nak berhenti kena ikut prosedurlah dsbnya. Tok Guru dapat nasihat dari sapa untuk cakap merapu macam ni? Penasihat Tok Gurupun gampang jugak!!! Atau Menantu Gampang yang dok bagi nasihat?

Bila Mahfuz Omaq tegoq sepatutnya Menantu Gampang berhenti dari PMBK secara serta merta, apa lagi Tok Guru terus bantai Mahfuz....... di sini

KOTA BARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said Pas vice-president Datuk Mahfuz Omar was "trying to be too smart" when asking him to instruct his son-in-law to resign immediately from Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK).

He said Mahfuz should not have raised the issue of Abdul Ariffahmi Abdul Rahman's resignation as PMBK's chief executive officer as it had already been discussed with the Pas headquarters.

"Mahfuz's mistake is that he is talking publicly about a matter which has already been discussed with the headquarters."

He said Mahfuz could make such remarks if the issue on Ariffahmi's resignation had not been reported or discussed by the party headquarters.

"This is what people call trying to be too smart or having no strategy," he told a press conference at his office yesterday.


Tapi sekarang Tok Guru Nik Aziz dah masuk tahap merapu. Tengok dia kata apa....

He said he had already made a statement that Ariffahmi could decide on the time when he planned to step down.

"As an officer, he has a certain set of procedures to follow when he wants to resign."

Besides, Nik Aziz said he needed time to find the right person to replace Ariffahmi.

He also maintained that neither he nor Ariffahmi was wrong in the appointment of the latter as the process was agreed to in a full board meeting, which was attended by the state legal adviser.

Dia dak boh taik kat ahli lembaga pengarah lain, khususnya Penasihat Undang-undang Negeri. Tok Guru kena ingat ahli lembaga pengarah tu adalah pegawai tinggi dan ahli politik yang ada kepentingan masing-masing. Dah disyor Menantu Gampang takkan depa nak lawan MB kot. Bodoh sangatlah depa. Tok Guru tak hadir mesyuarat tu pun, tapi bila sebut nama Menantu Gampang depa tentu terbayang muka MB. Inilah yang terjadi kat Dollah Badawi dan Betina Tua Rafidah Aziz. Cara Tok Guru cakap ni menunjukkan Tok Guru dan Menantu Gampang nak lepaih diri saja. Tapi cara kuno.

Tengok apa Menantu Gampang buat di sini.....

Aku dalam bab ni aku sokong Mahfuz Omar. Dia pun bagi alasan yang betoi di sini. Aku respect Mahfuz Omar. Bukan saja Mahfuz, kalau lain-lain pemimpin PAS, hatta yang pro UG pun kalau mereka menegur Tok Guru dalam hal Menantu Gampang ni, aku tetap sokong mereka. Aku peduli apa hang pa Tok Guru ka apa ka.... yang utama PAS... PAS... PAS... PR... PR.. PR....

Tok Guru Nik Aziz mesti pastikan Menantu Gampangnya berhenti dari PMBK dengan segera sebelum Tok Guru lebih merapu dan jadi gampang macam Menantu Gampang.

Selasa, 8 Disember 2009

Hoi Kedahlama.... Mahfuz Bukan Bangang Macam Hang

Pendokong PAS ada jenis yang perasan pandai tapi dalam masa sama menjadi peyokong buta tuli pemimpin tertentu. Dan apabila pemimpin kesayangan mereka ada melalukan kesilapan dan kekhilafan mereka akan cari jalan untuk membelanya bermati-matian. Sekiranya ada pemimpin lain yang menegur pemimpin idola mereka, mereka akan memusuhi pemimpin itu.

Contohnya, apabila pemimpin PAS seperti Mahfuz Omar mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak mereka, maka Mahfuz dibelasah serta diungkit peribadi Mahfuz. Nak jatuhkan air muka dan menghina Mahfuz.

Salah satu tulisan yang terbit di KedahLanie oleh Kedahlama iaitu NAMPAKNYA MAHFUZ OMAR TAK FAHAM 'PERANGKAP' MEDIA adalah contoh terbaik.

Capoi jugak mulut malaun Kedahlama ni. Dalam dia dok kutuk Mahfuz, dia sendiri dah tunjuk kurap dengan panau di badannya kat orang. Dia nak tunjukkan kebodohan dan kekurangan Mahfuz, tapi dia sendiri yang nampak bangang. Dia nak bogelkan Mahfuz tapi dia yang telanjang.

Tengok dia tulis apa:-

Memang betoila sejak dari dulu lagi aku selalu kata bahawa ramai pemimpin PAS ni hanya pandai jaga parti, tapi tak pandai dan tak reti untuk menjtadbir negeri dan kerajaan. Sebagai pegawai kerajaan, proses perletakkan jawatan bukan boleh dibuat serta-merta. Ia ada prosedur yang perlu diambilkira dan dipatuhi. Perlu menulis surat dan menunggu tempoh kelulusan meletakkan jawatan tersebut.

Tindakan Ariffahmi adalah betul. Aku adalah kakitangan kerajaan dan aku faham apa yang dibuat oleh Ariffahmi.

Bang Kedahlama, nak tanya sikit apa prosuder yang kena patuhi? Sapa kata pegawai kerajaan tak boleh berhenti kerja ikut suka. Notis 24 jam pun boleh. Hang pi check lah berapa banyak pegawai kerajaan berhenti 24jam. Hang bangang, hang jangan kata orang lain bodoh. Lagipun mamat Menantu Tok Guru ni pegawai kontrek saja. Letak jawatan 24jam, kalau kena ganti dengan 3 bulan gaji bayaqlah. Tak cukup duit kutip dermalah. Penyokong Tok Guru berlambak. Kalau depa derma sorang seringgitpun lebih pada cukup. Hang kakitangan kerajaan jenis kerja makan gaji buta kot.

Dia kondem Mahfuz:-

Cuma yang tak faham adalah Mahfuz Omar. paling bodoh YB ni masih dok gila microfon reporter. Suka buat kenyataan yang memakan diri. Sepatutnya tak perlu layan Astro Awani. Sejak dulu lagi aku tak berapa berkenan dengan Mahfuz ni. Dia adalah bekas Penjaga Stor, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang. Terlibat dengan PAS kerana semangat dan jiwa yang kuat memperjuangkan Islam.

Mahfuz bukan bodo, dia jawab apa yang wartawan tanya. Jawapan jelas dan dia ada pendirian dalam hal CEO PMBK. Pemimpin Pas lain menikus tak berani ulas hal ni kerana terlibat dengan Tok Guru Nik Aziz. Ini lah jawapan orang yang sepatutnya dilantik jadi Timbalan Presiden.

Awat koman sangatka kalau kerja Penjaga Stor Airport. Aku tengok di sini bekas Penjaga Stor lebih cerdik dari Jurutera Professional macam Ariffahmi Menantu Tok Guru. Menantu kalau bijak bukan saja tak mau jadi CEO dan COO PMBK, jadi Jurutera kat AKSBpun dia tak mau. Pasai apa? Orang cerdik dan bijak tidak akan bergantung pada Pak Mertua. Orang cerdik tak mau orang ramai salah faham dan salah anggap serta menimbulkan fitnah. Macam lani. Jadi fitnah pada parti, pemimpin, kerjaan negeri, Tok Guru dll. Inilah contoh Menantu tergampang di Malaysia la ni. Dulu Khairy. Hang pa dok kutuk Pak Lah dengan Menantu. La ni macamana? Mahfuz nak buat correction lah tu. Tapi hang bangang. Fikiran singkat. Otak di kepala lutut.

Kedahlama nak tunujuk pandai lagi:-

Kalau setakat mai jengok muka bila ada mati dan kenduri, lebih baik takpayah mai. Yang tu kerja Penghulu dan JKK saja. Kerja Yang Berhormat ni perlu sistematik. Kena ada data dan statistik penduduk dalam parlimen. Perlu ada data dan statistiki kampung dan lokaliti. Perlu ada bancian masalah rakyat. Perlu ada pengurusan membantgu rakyat melalui agensi kerajaan negeri dan permohonan kepada agensi Kerajaan Pusat.

Perlu ada tindakan dan laporan bertulis. Perlu ada perjumpaan bulanan setiap lokaliti dan mukim bagi bertemu dan membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Perkara ni tidak berlaku secara sistematik. Kalau setakat jengok muka bila balik sekali sekala, itu belum cukup digelar Yang Berhormat. Kalau setakat dok jerkah dan tunjuk hebat di Parlimen, itu belum tentu ada jaminan bahawa rakyat dalam Parlimen anda akan terbela dan terjaga.

Ini sah Kedahlama bangang. Hang tauka apa tugas hakiki Ahli Dewan Rakyat? Dewan Rakyat tu apa? Dewan Rakyat tu dewan perundangan dalam Parlimen Malaysia. Depa yang merangka, bahas dan lulus undang-undang. Bukan kerja depa dok banci masalah rakyat. Tu kerja jabatan kebajikan masyarakat. Kerja yang Kedahlama tulis tu kerja Ketua Kampung dan Penghulu Mukim serta ADO dan DO saja.

Tu dia, UMNO dah jadikan Ahli Dewan Rakyat macam overseer dan tukang banci orang miskin. Tukang jaga parit dan longkang tersumbat. Tukang tolong rakyat tak cukup bayaq yuran sekolah anak. Mentaliti Kedahlama pun macam tu.

Fahamkah Kedahlama yang bangang otak sejemput. Kedahlama hang kerja jabatan mana? Rugilah kerajaan bayaq gaji hang. Tambah pulak kalau Kerajaan Kedah yang bayar gaji hang. Patutlah kalau di swasta sorang saja buat kerja tapi di jabatan kerajaan kena ada 5 orang untuk kerja yang sama.


Mahfuz Omar Timbalan Presiden PAS.


Nabi Presidan PAS, Mahfuz Omar telah mengeluarkan kenyataan bahawa Menantu Tok Guru perlu meletak jawatan sebagai CEO PMBK dengan segera tanpa tunggu tempoh notis perletakan jawatan kira-kira tiga bulan. Lihat sini dan sini.

Betullah katanya, Menantu Tok Guru adalah CEO iaitu jawatan tertinggi yang terlibat membuat keputusan dan bukannya pekerja bawahan seperti kerani. Ada kaedah untuk berhenti kerja segera. Akupun ada tulis di sini.

Dalam hal ni Mahfuz lebih cerdik dari kononnya jurutera bijak Ariffahmi. Lebih baik dari pemimpin yang ambil jalan selamat. Ini contoh pemimpin yang PAS perlu ada.

Aku sokong kenyataan Mahfuz. Walaupun ramai yang mepertikaikannya. Ada yang mengatakan Mahfuz pemimpin yang sekolah tak tinggi hanya pandai bersyarah saja seperti komen dalam blog Jin Munafik Belaan Mustafa Ali. Tapi dalam berpolitik kepartian dia mempunyai pendirian yang jelas. Perkara yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah bagi beliau. Beliau berani menzahirkan pandangannya.

Dia bukan jenis munafik politik macam banyak pemimpin PAS lain. Contohnya dalam kes UG dulu, dia rasa bersalah dia minta maaf. Tapi adakah pemimpin yang serban besar bakul dan mentelaah beribu kitab minta maaf. Jawabnya TIDAK.

Ramai pemimpin PAS yang sekolah tinggi hingga ada PhD tapi berpolitik macam hantu. Kempen pilihanraya cakap lain dah menang buat lain. Porah. Dah tu apabila dah berkuasa mereka mentadbir meniru cara UMNO jugak. Kalau UMNO utamakan kroni mereka juga buat begitu, cuma alasannya Nabi SAW pun lantik mertua, pak sedara, sepupu dan menantu. Itu zaman Nabi SAW, dia masih hidup dan wahyu dari Allah boleh turun bila-bila masa saja. Tapi zaman sekarang wahyu dari sapa?

Jadi kepada Mahfuz Omar buatlah kerja betul-betul. Yang salah perlu ditegur tak payah kira Mursyidul Am ka..... Presiden ka...... Ulamak ka..... sapa-sapa ka...... Jangan pedulikan kutukan penyokong-penyokong pemimpin tertentu yang buta perut dan bangang.

Mahfuz Omar Timbalan Presiden PAS!!!!!


Jumaat, 4 Disember 2009

Bulan Mac 2010 Baru Menantu Tok Guru Keluar Dari PMBK.


Nampaknya cerita Menantu Tok Guru akan berpanjangan hingga tahun depan bulan Mac. Baca sini.


Alasannya ikut terma surat perlantikannya. Ini alasan dari orang yang gampang. Memang biasa terma perlantikan apa-apa jawatan begitu. Kena bagi notis sebulan ka.... dua bulan ka..... tiga bulan ka...... untuk berhenti kerja.

Tapi itu adalah syarat dan terma perlantikan saja. Bukan surah Al Quran. Tapi..... tapi..... nak resign atau nak tamat perkhidmatan atau nak batalkan kontrak perkhidmatan boleh dibuat secara MUTUAL.

Resign secara Mutual Termination. Takkan Menantu bangang sangat kot? Macam tu pun tak boleh pikiak. Memang sah lah Menantu yang gampang!!! Nak tipu Ketua Pemuda PAS Kawasan yang tak pernah bekerja dengan kerajaan dan swasta tu bolehlah!!!


Alasan nipun karut jugak. Pengganti tetapnya mungkin lambat sikit dilantik. Tapi boleh dilantik PEMANGKU CEO. Ariffahmi jangan bodohkan orang. PMBK tetap boleh beroperasi macam biasa walaupun dia tak dak di sana. PMBK sebuah badan kerajaan mesti ada mekanismanya jika apa-apa jadi pada CEOnya.

Bagaimana kalau esok Ariffahmi kena heart attack, rebah terus meninggal...... apa jadi? Semua kerja tak boleh buat ka? Gaji tak boleh bayaq ka? Payment tak boleh buat ka? Tarak lah..... yang mati akan dikebumi dan panadai-pandailah jawab dalam kuboq. Manakala yang hidup teruskan hidup.

Bagi aku hari terakhir pada 23 Mac 2010 Ariffahmi ada di PMBK adalah keterlaluan lamanya. Nak berhenti, berhenti saja lah. Silap-silap Najibpun dah kena stroke dan koma pasai doa Tok Guru dah dimakbulkan Allah Taala tapi Menantu Tok Guru masih tercogok di PMBK.

MENANTU TOK GURU TAK DAK ALASAN DOK KERJA LAMA DI PMBK SAMPAI 23 MAC 2010.


Khamis, 3 Disember 2009

Dah Diumum Tapi Bila Menantu Nak Resign?

Akupun dok tertanya-tanya bila Menantu Tok Guru betoi-betoi resign. Tarikhnya.... tarikhnya... Tok Guru dah umumkan dia dah arah Menantunya letak jawatan. Ok. Bab Tok Guru katup cerita tapi Menantu pulak bila hari terakhirnya di PMBK.

Aku balik Raya Haji di Kedah.... pi banyak tempat korban..... sambil dok lapah lembu, potong daging dan takek tulang depa dok cerita hal Tok Guru dengan Menantu termasuk Haji Tajaan.

Aku tak mau perkara ni jadi isu lagi. Jangan jadi macam BN dan UMNO Jahanam. Depa umum nak mansuhkan PPSMI. Tapi la ni tangguh dan dok berdaleh macam-macam pulak. Tok Guru dan PAS jangan tiru ahli politik sekular macam UMNO Jahanam.

Tengok hari ni Kickdefella dah ungkit hal ni lagi. Tengok tajuknya "Sandiwara Di Kelantan". Macam Tok Guru teraju sandiwara dan Menantu pelakon utama. Kalau dikutuk Menantu tak pa lah. Menantu tupun lebih kurang dia. Tapi dikutuk Pak Mertua iaitu Tok Guru....... seorang Mursyidul Am PAS dan telah jadi ikon penentang BN dan UMNO Jahanam.

Tok Guru tolonglah......!!!

MARI KITA BERSAMA MEMAHAMI APA DIA SISTEM DUA PARTI

WALAU PUN TULISAN ARAB - IANYA MASIH MILIK MUSUH UMAT MANUSIA



PEPSI DAN COKE – ADIDAS DAN PUMA

Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Cupcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.(TT)

nota: tulisan ini boleh diambil
untuk membuat kebaikan

Selasa, 1 Disember 2009

Anak-anak Tok Guru Ungkit Pulak!!!

Lama aku cuti sambut Raya Haji. Aku beraya di Kedah di kampung bini aku kerana Raya Haji memang meriah di sana. Akupun cuti juga layari internet.

Aku buka dan tengok sini, sini dan sini aku dapat simpulkan bahawa anak-anak Tok Guru Nik Aziz khususnya Nik Abduh dan Nik Amalina suka ungkit, suka cari pasai dan juga ada unsur bangga diri.

Dalam hal CEO PMBK dan Haji Tajaan mereka tak perlu langsung melibatkan diri. Tak perlu ungkit jasa ayahanda mereka kerana penyokong PAS dan sekelian rakyat dah sedia maklum.

Nik Abduh tak payah nak sindir-sindir orang dan mempertahankan ipar biarpun atas alasan apapun.

Nik Amalina tak perlu memuji suami tinggi melangit. Suami apabila langkah keluar dari pintu pagar rumah macam-macam yang boleh dibuatnya!!!

Kepada anak-anak Tok Guru Nik Aziz berdiam diri itu teramat baik.....

Rabu, 25 November 2009

Wajah Hakim Mahkamah di Malaysia?

Aku terkejut jaga subuh tadi selepas mengalami satu mimpi. Letih juga layan mimpi. Ada seronok ada ngeri..... biasalah..... namapun mimpi.....

Mimpinya aku pi melawat dari satu mahkamah ke satu mahkamah kononnya kat Malaysia la. Akupun tak tau macamana roh aku boleh melilau ke tempat-tempat tu......

Tiap-tiap mahkamah tu aku boleh tengok rupa hakim-hakimnya. Macam-macam rupa. Tengoklah sendiri....


MAJISTRET

HAKIM MAHKAMAH SEKSYEN


HAKIM MAHKAMAH TINGGI


HAKIM MAHKAMAH RAYUAN


HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Aku kena cari Ustaz yang pandai tabir mimpi ku ni!!!

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Aku buka posting aku Tok Guru Nik Aziz Perlu Bersihkan Kerajaan PAS Kelantan untuk tengok komen. Nah!!!! Komen yang ada juga sikit sebanyak berkaitan dengan posting aku. Lihatlah....... aku kopi pes saja tanpa edit......aku harap Hamba Allah ni puas hati dan pihak yang ditujukan baca dan faham serta ambik tindakan yang sesuai.....

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan blog, tolong siarkan,

KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN

Selasa, 24 November 2009

Tok Guru Nik Aziz Perlu Bersihkan Kerajaan PAS Kelantan

Demi kelangsungan dan nama baik PAS dan dirinya sendiri sebagai Menteri Besar, Tok Guru Nik Aziz telah mengarahkan Menantunya letak jawatan CEO PMBK. Ini ciri pemimpin yang hebat dan cool. Dia boleh dengar pandangan orang dan dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk pada PAS dan Kerajaan PAS Kelantan.

Bercerita tentang Kerajaan PAS di Kelantan aku fikir Tok Guru perlu mengambil langkah yang lebih drastik. Beliau perlu membuat pembersihan dalam Kerajaan PAS Kelantan. Selain Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) banyak juga jawatan-jawatan lantikan politik dalam kerajaan yang kadang-kadang jadi 'redundant" hanya kerana hendak jaga hati dan bagi pendapatan pada mereka saja.

Tok Guru perlu meneliti setiap seorang barisan Exco. Bagaimana prestasi mereka, apakah mereka lebih berpolitik dari menjalankan tugas hakiki, adakah mereka terlibat dengan komplot-komplot tertentu, dengan siapa mereka bercampur, bagaimana jabatan di bawah seliaan mereka berfungsi dan pelbagai persoalan lagi.

Selepas meneliti dan mengkaji bolehlah Tok Guru ke istana dan singkirkan sapa-sapa yang patut disingkir dan lantik yang dikira boleh bekerja untuk Rakyat Kelantan bukan yang bekerja untuk diri sendiri atau kelompok sendiri atau parti sendiripun jika bertentangan dengan kehendak Rakyat Kelantan.

Di samping itu lain-lain pegawai-pegawai lantikan politik dalam Kerajaan PAS Kelantan perlu juga dirombak. Tutup agensi yang tidak berguna dan hanya jadi tempat pemimpin PAS bekerja untuk sara diri. Suruh mereka pergi cari kerja sendiri, berniaga dll. Bukan tugas kerajaan bagi mereka makan. Kalau mereka marah... itu tandanya mereka bukan pejuang PAS!!!

Tok Guru juga perlu ambil perhatian!! Seteru utama PAS Kelantan iaitu UMNO Kelantan sekarang diterajui oleh Mustafa Mohammad. Dia nyaris membikin sejarah dalam PRU11 yang lalu. Kali ini dalam PRU13 dia tentu ada caranya lebih-lebih lagi UMNO diketuai Najib Razak.

Wajib diingat Najib Razak bukan Abdullah Badawi. Dia lebih cerdik dan lebih brutal dari Dollah Badawi. Tahap brutal Najib ni tak memang tak boleh digambarkan apa yang akan dilakukannya.
Kebrutalan Najib ini menyebabkan dia boleh melakukan apa saja yang dia suka.

Jika Tok Guru membuat pembersihan dan korbankan apa yang patut dikorbankan, Insyaallah dalam PRU13, PAS di Kelantan tetap unggul.

Isnin, 23 November 2009

Menantu Tok Guru Letak Jawatan?

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik.

________________________________________________

KOMEN AKU:

Baru umum saja. Surat tak bagi lagi. Tapi tak pa lah anggap betoilah. Diucapkan Selamat Maju Jaya kepada Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman pada masa hadapan. Nak jadi ahli politik jadi betoi-betoi. Jangan guna nama Pak Mertua.

LOGISTIK Kawaq Zaman Ni Memang Hebat!!!

Posting aku sebelum ni bertajuk Pajak Gadai Islam Dipecah Masuk Hampir RM8 Juta Lesap hanyalah satu berita sahaja.

Namun apabila aku baca berita beberapa kali dari berbagai sumber serta aku renung foto hasil usaha kawaq-kawaq yang pecah masuk pajak gadai tu aku berasa nak bagi sedikit pendapatlah....

Kalau dilihat foto bongkah hasil tebukan pada dinding konkrit, aku fikir kawaq (penyamun, pencuri, pemecah rumah) yang terlibat dalam pecah masuk Pajak Gadai Ar Rahnu ni adalah 0rang yang terlibat dalam industri pembinaan.

Hanya pakar saja yang tahu membikinnya

Mengapa? Lihat foto di atas, hasil tebukkan. Cantik. Menebuk kaedah ni dalam bahasa teknikalnya ialah "core" atau "coring". Biasanya menebuk dinding atau lantai atau bumbung konkrit mesti menggunakan peralatan khas jenis 'Diamond Coring". Kerja ini hanya 'specialist' sahaja yang boleh buat.

Para kontraktor dan konsultan dalam bidang pembinaan memang tahu dan arif, kerja coring ni tak ramai orang boleh buat. Boleh dibilang dengan jari tangan saja. Menantu Tok Guru Ariffahmi yang merupa Jurutera dan pernah bekerja dengan konsultan yang terlibat dengan industri pembinaan tentu faham maksudnya.

Dengan saiz coring yang besar dan tentunya menggunakan Diamond Coring yang besar dan berat jugak, maka kerja ini mengambil masa yang lama serta menggunakan tenaga letrik...... Wah hebat mereka bekerja? LOGISTIK kawaq zaman ni memang hebat!!!

Di Malaysia, orang yang terlibat dengan indutri pembinaan kalau disebut "coring" akan muncul dalam kepala mereka HILTI. Lihat sini dan sini.

Aku tidak menuduh Hilti terlibat. Nanti disamannya aku.... mamposs. Tapi pekerja atau bekas pekerja mereka bagaimana? Bagaimana mereka mengawal peralatan mereka dari disalah guna? Bagaimana pula dengan mereka yang terlibat dengan pembinaan dinding kebal dalam pajak gadai tersebut? Macamana kaedah pengawasan?

Sudah DUA Pajak Gadai Islam kena pecah masuk ni..........

Kepada pengendali Pajak Gadai Islam sila ambil perhatian.... Malaysia ni bukan Saudi Arabia. Kena berhati-hati lah.

Pajak Gadai Islam Dipecah Masuk Hampir RM8 Juta Lesap

KANGAR: Perompak melarikan barangan kemas dan wang tunai bernilai hampir RM8 juta, dipercayai antara yang terbesar di negara ini, selepas memecah masuk kedai pajak gadai Ar-Rahnu milik Yayasan Islam Perlis (YIPs), di Taman Sena di sini, malam kelmarin.

Semua barangan kemas bernilai kira-kira RM7.7 juta dan wang tunai RM68,000 yang disimpan di dalam beberapa kabinet di dalam bilik kebal pajak gadai itu, dipercayai dilarikan antara tengah malam kelmarin dan 11 pagi semalam.

Kumpulan penjenayah terbabit memecah masuk premis itu selepas mengumpil pintu dan jeriji besi di bahagian belakang bangunan berkenaan.

Perompak itu kemudian dipercayai menggunakan gerudi menebuk satu lubang besar pada dinding bilik kebal pajak gadai berkenaan sebelum masuk ke ruang itu dan melarikan semua barangan kemas dan wang tunai yang disimpan di dalamnya.

Sebelum memecah masuk, kumpulan itu juga dikatakan memotong kabel penggera keselamatan dan talian telefon yang dipasang di premis berkenaan.

Mengikut sumber, lubang yang ditebuk pada dinding bilik kebal berkenaan boleh meloloskan badan bersaiz sederhana.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut kerana kejadian itu masih dalam siasatan.

Berdasarkan maklumat awal katanya, pengurusan kedai pajak gadai itu menganggarkan jumlah kerugian dialami mencecah RM8 juta iaitu membabitkan wang tunai dan emas yang digadai pelanggan.

"Buat masa sekarang, kita sedang mengumpulkan maklumat mengenai kes ini, termasuk mengenal pasti identiti suspek berdasarkan persamaan dalam modus operandi dengan beberapa kejadian di negeri lain," katanya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan malam hari dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Rakan Cop Perlis iaitu 04-9711999.

Hujung tahun lalu, Ar-Rahn milik Kumpulan Permodalan Kelantan Berhad anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ikhtisas Negeri Kelantan, dirompak barangan kemas bernilai kira-kira RM18 juta yang disimpan dalam 238 peti simpanan.

Berita Harian


Ahad, 22 November 2009

MENANTU PATUT SAMAN KICKDEFELLA

Menantu Tok Guru iaitu Ariffahmi yang juga CEO PMBK sepatutnya menyaman Kickdefella kerana memfitnahnya, yang terakhir dalam blognya bertajuk Jawapan Kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Banyak yang ditulis olek Kickdefella bukan sahaja menjejaskan Menantu Tok Guru, tapi melibatkan nama baik Tok Guru suami isteri. Antara tuduhannya ialah memalsukan dokumen, breach of trust, loan yang melampau hingga setengah juta dll.

Menantu Tok Guru kena bersihkan namanya. Setakat letak jawatan sahaja sekarang ini tak cukup. Letak jawatan hanya buang sepikul beban atas bahu Tok Guru. Dan letak jawatan juga hanya mengurangkan bebanan tak guna bagi PAS Kelantan yang akan mengharungi ombak badai PRU13 nanti.

Apa ceritapun Menantu Tok Guru mesti letak jawatan!!! Lagi satu samanlah Sheikh Kicdefella untung-untung boleh langsai loan setengah juta. GAMPANG PUNYA MENANTU!!!

Sabtu, 21 November 2009

Mertua Belanja Nasi Kukus Menantu Pulak Bagi Apa?

Walaupun pendapat aku bertentangan dengan pemilik blog SAYNOTOMUNAFIQEEN tapi aku hormati pendapat peribadinya biarpun dia membela Tok Guru dan Menantu Tok Guru pada paras melampau. Kalau sukatannya 10, dia dapat full 10. Biasalah penyokong PAS salah sorang jenis "sokong yang membawa rebah". Wala' membabi buta.

Tapi apabila aku baca blognya dengan tajuk PIMPINAN PAS YANG PALING DIPERCAYAI DI KELANTAN, persepsi aku padanya jadi paling negatif dan langsung tak mempercayainya

Dia tulis:-

Ramai yang menuduh aku mereka reka cerita. Ramai juga yang menuduh aku memandai mandai sendiri. Paling ramai yang menuduh aku munafiq. Takperlah. Itu hak kalian. Allah Maha Mengetahui.

Hari nih, hari last aku di Kelantan. Malam kang dah nak balik KL. Misi sudah selesai.


Tadi, lepas solat Jumaat, sempat bersama Tok Guru ke HUSM untuk ziarah seorang penghulu masyarakat Siam. Mengikut maklumat daripada anak anak penghulu tersebut, penghulu sangat rapat dan kasih dengan Tok Guru.


Lihat foto dan caption di bawah


Tok Guru serious bercakap soal royalti minyak yang cuba dirompak oleh
kerajaan Pusat. Yang baju biru yang hanya nampak tangan dan kening tu
aku.

Lihat pulak dalam blog ALHUSSEYN posting bertajuk Sebab Ke-6 Dia Terlupa Nyatakan.

Semua tu menunjukkan bahawa pemilik blog SAYNOTOMUNAFIQEEN adalah blogger upahan Menantu Tok Guru atau sesiapa saja yang ada kepentingan mempertahankan Menantu Tok Guru. Ini bukan Pemburu Syahid tapi Pemburu Duit. Baca postingnya, apa yang tak dimakinya pada Presiden PAS Hj Haji....

Apa maksud "MISI SUDAH SELESAI"? Apa maksud PIMPINAN YANG PALING DIPERCAYAI DI KELANTAN?

Maksudnya "kerja dah buat apa tunggu lagi huloq la......".

Piraaaaaah!!!!

Jumaat, 20 November 2009

Ternak Biawak di Selangor - Biawak Yang Hebat

Semalam ada cerita dalam blog aku bertajuk Salahguna Kuasa Hassan Ali: Ternak Biawak Di Selangor. Menang hebat lah usahawan penternak buaya ni. Banyak Biawaks diternaknya.

Tapi yang lebih hebatnya Hassan Ali ni menternak secara pawah. Dia berpawah membela biawak dengan Syeikh Kedua Besar PAS Nasarudin Mat Isa. Itu rakan kongsi pawah yang dikenali. Tapi aku syak lain-lain syeikh juga jadi rakan pawah dengan Hassan Ali. Itu sebab mereka buat tak tau saja perusahaan kendalian Hassan Ali ini. Haram ke halal kemudian cerita. Bahagi untung dulu.

Tak timbul cerita "membela biawak hidup". Binatang ternakan Hassan Ali ni walaupun Biawaks tapi dah besar. Sebesar Buaya. Perilaku Biawaks semua ni saling tak tumpah macam buaya.

Memang tak rugilah Hassan Ali menternak biawak. Lagipun tanpa kos. Rakan pawah lagilah tak rugi apa satupun. Nak tau cerita lanjut klik bawah.....

Pas Tak Akan Hapuskan ISA

Daripada pengamatan aku dengan sikap pimpinan PAS, lebih-lebih lagi pendokong UG. Aku jangka apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak, pemimpin PASlah yang akan lantang menentang penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada masa itu.

Kita boleh lihat sikap ni dalam pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini. Contoh isu UG, isu Hassan Ali di Selangor, isu komen Aziz Bari, isu Haji Tajaan dan isu lantik menantu. Isu yang timbul ditangani mengikut cara dan kaedah UMNO Jahanam.

Bagaimana dikatakan kaedah UMNO Jahanam? Mudah saja. Mula-mula nafi. Kalau nafi tak jalan dah terdedah..... mengaku tapi tunjuk orang lain. Cari siapa yang bocor rahsia. Find the massenger and try to shoot the massenger (ambik kata-kata Penarik Beca). Lagi..... kejutkan dan takutkan puak yang menentang mereka dengan ugutan seperti tak wala' pada pemimpin, suka adu domba, cuba menggugat parti sendiri, menuduh macam-macam dsbnya.

Kita boleh tengok sikap ni di dalam blog-blog. Blog penyokong akan cari penyokong setia dan menjadikan pemimpin macam nabi mereka. Blog yang dikendalikan oleh pimpinan pemuda dan ustaz peringkat kawasan juga menunjukkan taat setia yang tak berbelah bagi pada pimpinan atasan. Apa ni? Guna otak sama lah. Jangan jadi sokong yang membawa rebah.

Alasan utama mereka pada masa itu adalah ISA BERGUNA UNTUK MENGAWAL PENENTANG ISLAM!!!!






Bila Menantu Nak Letak Jawatan?

Bila? Tak pi Mekah dah selesai tapi Menantu macamana? Awai lagi ni eloklah letak jawatan.

Jangan ikut pepatah "better late than never". Yang tu payah. Kalau lagu tu tunggu Dewan Rakyat dan DUN bubar baru Menantu nak letak jawatan (itupun sebab nak jadi calon). Susahlah.... PAS bukan milik Tok Guru, Menantu dan orang Kelantan saja.

Masa PRU12, aku tengok banyak tempat poster Pak Lah bersama Anak & Menantu dengan "Kerajaan Anak Beranak"nya. Lain kali dalam PRU13 aku takut timbul poster Tok Guru dengan Menantu pulak.......

Khamis, 19 November 2009

Salahguna Kuasa Hassan Ali: Ternak Biawak di Selangor

Hassan Ali, Pesuruhajaya PAS Selangor merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap BARUA UMNO dalam PAS, bolehlah dikatakan seorang usahawan yang berjaya, kalau bukan di peringkat nasionalpun dia memang handal di Selangor.

Hassan Ali memang kuat berusaha ke arah kekayaan. Dulu dia menganjurkan segala hal berkenaan motivasi hingga dia menjadi jutawan. Ibu bapa berduyun-duyun hantar anak untuk dimotivasi oleh Dr PhD ni. Sehingga Kerajaan BN Selangorpun tertawan dengan kehebatannya dengan menganugerahkan sebidang tanah kepadanya. Hebat motivator islamis jenis kapitalis ni.

Dia juga popular menerusi Forum Perdana Ehwal Islam di RTM selama bertahun-tahun bersama Haron Din (Deputi Mursyidul Am PAS & Pengetua UG?), Ismail Kamus, Tuan Ibrahim (N/P PAS - Chairman J/K Disiplin.... boleh percayakah dalam kes Hassan Ali?)) dll ustaz lagi. Populariti ini digunakan untuk membodohkan pemimpin dan penyokong PAS.

Untuk menambahkan lagi kekayaannya (setelah gagal menjadi MB Selangor selepas PRU12 lalu) Hassan Ali telah menambah kagi perusahaannya. Kali ni perusahaan yang dijalankan oleh Hassan Ali adalah menternak BIAWAK.


BIAWAK ni kalau dah lama diternak akan jadi BUAYA.

Macam-macam jenis BIAWAKS (ada 'S' sebab plural) dibela oleh Hassan Ali. Hassan Ali dengan kebijaksanaannya membela biawaks ni tidak mengeluarkan modal satu sen pun. Tapi dia telah menggunakan WANG, BANGUNAN DAN FASILITI Kerajaan Negeri Selangor. Di samping diternak di tanah-tanah kosong, pejabatnyapun dijadikan lokasi ternak biawaks. Yang menariknya biawaks belaannya semuanya diberi nama.


Tapi yang menghairankan, Presiden PAS macam merestui saja sikap "enterprising" Hassan Ali ni. Ehem... ehem... ada apa-apa ka? Bagi ahli-ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat jika ingain melibat biawaks ternakan Hassan Ali, silalah buat temujanji dengan Pejabat Exco dulu.

Untuk mendapat penerangan yang lebih lanjut tentang Usahawan Hassan Ali dan Biawaks nya sila klik sini....

Rabu, 18 November 2009

Bila Menantu Nak Letak Jawatan?

Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya.

Pimpinan PAS dari segenap peringkat telah membuktikan kejujuran mereka sebagai komponen yang membentuk kerajaan dan menampakan ketegasan dan kematangan mereka walau terpaksa membetulkan Tuan Guru mereka sendiri. Tuan Guru pula walaupun sudah 19 tahun dipuncak, membuktikan bahawa dia sedia diperbetulkan.

Saya juga gembira kerana Tuan Guru menerima dan memahami bahawa tiada siapa yang mendalangi episod yang berlaku ini. Tiada pimpinan PAS mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat.

Apa yang saya lakukan, saya lakukan sendirian atas pendirian dan panduan saya sendiri. Apa tuduhan dan kecaman ke atas saya saya telah terima dan akan terus terima dengan hati terbuka.

Biduk berlalu kiambang bertaut.

Prinsip saya, never to kick someone when they are down akan terus saya amalkan. Oleh yang demikian bagi saya segalanya berakhir disini. Terserahlah kepada Ariffahmi untuk menerima atau tidak hukuman moral. Dari segi perundangan pula, terserahlah kepada pihak berkuasa.

Kepada YB. Dato’ Haji Husam Musa, para sahabat dan kenalan yang telah gagal menemui atau menghubungi saya sejak 10 November 2009 saya harap dapat memahami tujuan saya menyepi diri. Apa yang saya lakukan adalah keputusan moral saya sendiri dan saya tidak mahu sesiapa tepalit sama.

Kepada pengurusan dan kakitangan PMBK, bangkitkanlah moral anda dan pertahankanlah prinsip-prinsip pertadbiran Islam yang digariskan oleh Tuan Guru kita. Berkhidmat kepada rakyat adalah berkhidmat kepada Allah yang menciptanya.

Pampasan RM20,690 yang diberikan oleh PMBK kepada saya, telah saya amanahkan sebahagiannya dibahagi-bahagikan kepada institusi tertentu dan juga untuk orang-orang miskin. Sebahagian lagi untuk dibahagikan kepada para sahabat saya yang telah banyak memikul beban akibat tindakan saya ini.

Pada 8 Oktober 2003, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua.

Kickdefella

Tapi ada pula yang menafikan cerita tersebut, lihat di sini.

Bagi aku ada ceritapun MENANTU TOK GURU MESTI LETAK JAWATAN.


Gila Ka Apa?

Aku tengok perangai dan sikap Zulkifli Nordin MP Kulim Bandaq Baghu ni pelik sikit. Dia nak caghi populariti secara yang orang tak suka.

Zaid Berahim dah cadang Tok Gughu Nik Aziz jadi "Spiritual Leader" kepada Pakatan Rakyat macam Mahatma Ghandi zaman Benua India lawan orang putih tuntut kemerdekaan. Jugak macam Mandela dan Khomeini.

Aku memang setuju dengan cadangan Zaid Berahim ni TAPI beban sepikui atas bahu Tok Gughu kena buang dulu. BEBAN SEPIKUI tu ialah MENANTU!!!

Jadi banyaklah tokoh politik mengulaih pasai ni. Wee Choo Keong MP Wangsa Maju kata cadangan ni adalah "premature". Teringat N3 aku pasai P.E.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pulak kata:-


Komen dua oghang ni boleh diteghima jugak.

Tapi cadangan sorang Melayu yang suka pakai ketayap putih ni pelik dan tak masuk akai langsung. Adaka dia cadang Tok Dewa Mufti Melayu Purba Harussani Zakar Ia jadi "spiritual leader" PR. Ciss kalau orang mengandung mesti muntah hijau!!! Sapa Harussani tu takkanlah Zul Nordin tak tau. Heran... heran...


Baca dia kata apa....


Takkan lah Zul Nordin dah hilang akai, gila dan isin.....

Orang HILANG AKAI, GILA, MERENG DAN ISIN TAK LAYAK JADI AHLI PARLIMEN....!!!!


MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU: Ir. Ariffahmi, P.E.

Aku sembang dengan seorang doktor perubatan alternatif macam-macam cerita jadi bahan bualan. Bila sampai bab Menantu Tok Guru, doktor ni tanya aku begini:-

Dr: Apa nama Menantu Tok Guru tu?

Aku: Nama penuh Abdul Ariffahmi bin apa tak tau? lupa pulak nama pak dia.

Dr: Dia ada I. R. ka?

Aku: Ada.... Engineer yang ada P.E. depa boh Ir. depan macam doktor lah... Dr.

Dr: P.E. tu apa?

Aku: Professional Engineer.

Dr: Aku ingat P.E. tu macam aku dok study.... PREMATURE EJACULATION!!!!

Selasa, 17 November 2009

RM2.00 untuk Tok Guru ke Mekah

MSK telah lancar Tabung "RM2 Untuk Tok Guru Di Mekah. Inilah kaedah yang teramat baik untuk menaja Tok Guru ke Mekah. Hulurkan sumbangan semampu anda ke akaun pengendali. Aku copy sepenuhnya di bawah.

Oleh: MSK

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya. Gambar Ihsan Pinkturtle.

Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.

Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.

Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.

Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.

Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.

Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.

Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.

Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.

Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.

Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.

Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…

Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.

Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.

Kemaskini 1.25 pagi.

Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.

Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com

Selepas berbincang dengan kawan-kawan, aku setuju untuk menggunakan akaun lapuk aku untuk digunakan sebagai akaun untuk mengumpul sumbangan.

Sam Ahmad akan mengendalikan akaun, dengan mengemaskini jumlah yang diterima setiap hari. Setiap hari, Sam akan mengemaskini posting ini dengan menyiarkan printscreen jumlah terkini. M3M akan mengemaskini senarai penderma.Semua yang memberikan sumbangan, diminta memberitahu M3M nama dan jumlah yang dimasukkan kedalam akaun. Hantarkan nama dan jumlah yang saudara masukkan kepada: mahligai83@gmail.com

Dibawah adalah printscreen akaun yang akan digunakan, dan baki didalam akaun tersebut ialah RM26.44.

akaun-maybank

Aku akan bertanggungjawab terhadap sumbangan yang dimasukkan kedalam akaun ini sahaja. Tolong maklumkan, kalau ada blog-blog lain yang membuat kutipan sumbangan ini, tetapi menggunakan akaun yang berbeza.

Dan aku tak mau terima cash, cek, gelang cerai atau rantai emas. Aku hanya menerima sumbangan yang dimasukkan terus kedalam akaun.

Nombor akaun ada terdapat di sidebar sebelah kanan.

Maybank: 158 097 625 245
Pemegang Akaun: Mohmad Afandi bin Ahmad. (MSK)

Sebarang pertanyaan:

email: matsamankati@gmail.com
HP: 013-5935721

Untuk melihat Senarai Penyumbang, klik disini. Senarai Penyumbang akan dikemaskini dari masa kesemasa.