Khamis, 22 Oktober 2009

Beginilah Bijak dan Beradab

Apabila Prof Aziz Bari bagi komen tentang kepimpinan PAS ramai melenting. Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad pun panas hingga berasap kepala. Apa lagi atas nama Ketua Penerangan dia pun membalas hujah Aziz Bari macam ahli PAS yang tak sekolah. Hujah yang penuh emosi dan kurang tertib sebagai pemimpin PAS.

Ini menunjukkan perangai PAS tulen yang selalu dikatakan oleh musuh politik PAS malah pemerhati politik, iaitu pemimpin PAS terutamanya yang pakai serban dan ketayap tak boleh dikritik mereka hanya boleh terima pujian saja. Sah!!! Betul cakap mereka. Terbukti. Proven.

Namun PAS bernasib baik ada ramai lagi yang bukan begitu. Salah seorangnya ialah MOHAMED HANIPA MAIDIN. Dalam blognya "peguampas" beliau telah meredakan suasana dengan kaedah penulisan yang mudah dan penuh beradab siap ucapkan terima kasih atas kritikan Aziz Bari seperti di bawah:-

TERIMA KASIH PROF AZIZ BARI DI ATAS KRITIKAN ANDA 
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ( “Pengajaran dari Bagan Pinang” ). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran. 

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS . Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide ( niat jahat ). Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum. 

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah. 

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan ( Hasan Ali ) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS. 

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu. 

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno. Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno. 

Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS – melalui tindak tanduk , kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini. 

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.


8 ulasan:

  1. Assalamu 'Alaikum LeeCopper,
    Tulisan sungguh bermanfaat. Halalkan saya petik dan masukkan dalam blog saya.

    BalasPadam
  2. prof tak laku tu tak nak kritik nik ajih ke? takkan manusia pun nak kawan dgn setan...apa lu punya pandangan bengong wahai prof celup?

    BalasPadam
  3. ada sorang si bacul tu namanya isa. isa pak turut si luncai dgn labu2nya.

    memang sesuai sangat namanya isa...

    1. ISA, yg orang pas tak suka. sanggup melalak-lalak macam anjing kurap dijalanan. tapi isa ni pas suka sebab dia pak turut.

    2. isa, yg pernah kena tangkap khalwat di hotel dengan betina bini orang. tapi nik ajih suka. (perangai sama kot).

    3. isa, manusia yg pernah kena salib dek kristian.

    itulah isa... isa... oh isa... si bacul yg baghaaallll...

    BalasPadam
  4. pas, biasalah... yag memihak pada dia, haram pun jadi halal. bini orang, kalau suka pada org pas (khalwat pun) jadi halal.

    tp kalau yg tak memihak pada dia, (walaupun halal) semuanya haram.

    memang haram jadah la Pas...

    BalasPadam
  5. bila timbul isu sejadah berdiri, maka dengan bangganya muncullah muka ketua pengarah jakim dlm akhbar bersuara kononnya umat islam tidak terperangkap dengan kisah2 yg boleh dianggap khurafat.

    tp dlm isu nik aziz kata undi pas boleh masuk syurga dan boleh berkawan dgn setan, muka ketua pengarh jakim tersorok dalam kelambu. kecut perut nak cakap.

    kalau pasal nik aziz cakap benda2 mengarut, tak ada jakim, tak ada ikim, tak ada jabatan agama bersuara. ilmu tak cukup kot? kenapa pegang jawatan tinggi2 dlm kerajaan? sebabnya juga dalam organisasi tu penuh dgn org kelantan. nik aziz cakap tabur, ngarut pun boleh jadi belako. nate mu..!

    pasal salah guna kuasa kat kelantan pun, pihak berwajib diam dan membisu. hutan balak kena jual ke negara luar pun pihak berwajib diam je... macam takde kes.

    kalau org kerajaan atau umno dituduh salahguna kuasa, pihak berwajib tak sabar2 nak cekup. agaknya dalam agensi berwajib itu juga penuh dgn org klante ko..?

    biarlah adil dan tau dalam tanggungjawab. jangan nampak adil dan tahu hanya benda2 mudah. anak aku yg darjah 5 pun tau nak jawab pasal sejadah tu... terima kasih.

    BalasPadam
  6. tanpa nama , prof tu prof le bukan macam engkau, dia prof kat UIA, hang bercakap pun bubuh tanpa nama

    BalasPadam
  7. Tanpa nama,awat yg hang tulis mcm tu..nampak sangat hang ni jahil dari segi ilmu agama dan ilmu dunia.Buat malu diri hang sendiri ja..baik hang duk diam2 kalau setakat nak tulis mcm org yg tak sekolah

    BalasPadam
  8. Kesian dkt anak hang yg darjah 5 tu dpt bapak mcm hang..sekurang kurangnya hang kena pastikan dia mengaji,jgn jadi benggong mcm hang

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.