Sabtu, 14 November 2009

Selamatkan Tok Guru - Air Mata Tak Laku

Sekali lagi saya merayu agar pimpinan parti PAS, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan dan juga akar umbi untuk segera selamatkan Nik Aziz. Janganlah biarkan legasinya berakhir dengan sesuatu yang tidak manis.

Sungguh sedih bila Kafir Quraisy Malaysia yang menyelamatkan Nik Aziz dan bukannya Parti yang disayanginya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bercadang ke Mekah pada tahun ini. Memang tiada perancangan tetapi Tuan Guru yang kita sayangi telah dipujuk oleh Menantunya, Abdul Ariffahmi Ab Rahman untuk ke Mekah kerana Ariff bercadang ke Mekah pada tahun ini.

Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.

Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang mengejutkan bila Tuan Guru yang ikhlas itu mengaku kepada wartawan pada 10 November 2009 bahawa memang benar kepergiannya di taja oleh orang luar.

Sekali lagi saya menyeru kepada Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya sekarang, seperti yang pernah saya nasihatkan kepadanya, “anta sudah banyak mencemarkan nama baik Tok Guru, cukuplah.”

Kenapa mesti Kafir Quraisy yang terpaksa memimpin Tuan Guru supaya keluar dari kontroversi. Di mana dia yang kasih dan sayang pada Tuan Guru kita?

Kickdefella

--------------------------------------------------

KOMEN AKU:

Aku dalam Bab Haji Tajaan dan MENANTU Tok Guru aku SOKONG Syeikh Kicdefella. Dulu Penarik Beca saja dok tegoq pimpinan PAS. La ni tambah lagi satu. Takkan Parti Islam kena tunggu orang fasiq, sesat dan kafir Quraisy tegur!!!

Apa ni bloger PAS dan penyokong PAS? Semua nak justify perbuatan Tok Guru dan Menantu Tok Guru. Semuanya nak jadi biri-biri yang boleh di tarik telinga ikut saja untuk disembelih! Ciss bodoh. Bang! Kakak! Airmata Tok Guru yang menitik semalam 'tak laku'.

Hanya kafir Quraisy dan Penarik Beca sesat saja yang jadi baral atau keldai. Hangpa pukui tara manapun kalau dia tak mau bangkit atau jalan hangpa tunggulah. Nak sembelih pun tak guna tak boleh dimakan.

Lagi satu syabas Husam Musa. Tuan telah memilih baral yang terbaik dan bukan biri-biri bodoh dan bangang.

Menantu Tok Guru adalah Menantu yang paling bangang yang Tok Guru ada. Dialah yang membuat semua FITNAH kepada Tok Guru.

Aku tetap pendirian: MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU


Kenapa Pimpinan PAS Membisu!

Aku dok cari-cari tak jumpapun komen dan pendirian pimpinan PAS lain dalam isu Haji Tajaan dan Menantu Tok Guru Nik Aziz.

Awat depa semua diam. Mana dia Hj Hadi? Mustapa Ali? Ketua Penerangan?

Kena syndrom bisu ka? Kalau setuju dengan hujah dan alasan Tok Guru Nik Aziz.... sokonglah dia. Kalau tak setujupun nyatakan pendirian.

Aku dok tunggu ni. Kalau depa side dengan Tok Guru Nik Aziz aku akan bantai. Kalau depa tidak bersama Tok Guru aku sokong depa.

Aku ahli PAS dan sokong PAS. Aku tak sokong pemimpin secara individu. Hal UG aku sokong Tok Guru Nik Aziz. Dalam bab Haji Tajaan dan Menantu memang aku tak berkenan dengan Tok Guru.


Jumaat, 13 November 2009

MENANTU TOK GURU: Jangan Tunggu Lama-Lama

Tajuk lagu amat sesuai dengan MENANTU.

Melody dan lirik hanya untuk hiburan semata-mata.

Tahniah Tok Guru....

Pagi tadi lepaih dalam Kuliah Jumaat di Kota Bharu, Tok Guru Nik Aziz umumkan tak jadi menunaikan haji tahun ni. Aku ucapkan TAHNIAH! Tok Guru telah membuat keputusan yang betul dan tepat. Habih cerita. Tak payah ungkit lagi cerita haji tajaan. Tutup satu bab.

Ada lagi satu bab. Bab MENANTU. Aku dah tulis di sini. Aku tetap berpendirian bahawa Pak Mertua yang berkuasa TIDAK boleh melantik atau membiarkan dilantik MENANTU ke satu jawatan yang ada kaitan dengan kekuasaan Pak Mertua. Ulamak atau bukan ulamak Pak Mertua itu bukanlah satu alasan. Sepatutnya AKSB tidak lantik MENANTU sebagai Jurutera sejak dari mula lagi.

Persepsi itu lebih penting. Persepsi itu pulak dari pelbagai perspektif. Ariffahmi seorang Jurutera Awam Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Ahli Institut Jurutera Malaysia (IEM), tentu faham maksud perspektif dan persepsi.

Seruan aku "Ir. ARIFFAHMI SILA LETAK JAWATAN".

Lagi satu, Tok Guru dan Menantu Tok Guru tidak perlu menyalahkan orang lain menyebarkan fitnah...... Tapi kesilapan Tok Guru dan kegelojohan Menantu Tok Guru itu menjadi punca Fitnah. Kalau orang yang dituding jari itu tidak sebarkan cerita ini, masih ada ramai lagi yang akan sebarkannya. Cerita ini sudah ada dalam poket mereka (UMNO Jahanam), dan mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk sebarkannya. Mungkin Allah SWT telah gagalkan perancangan mereka. Jadi jangan marah pada Kickdefella jika betul dia yang bawa mulut!

PAS dan Tok Guru bernasib baik cerita Haji Tajaan dan Menantu Tok Guru timbul sekarang. Bolehlah dibetulkan apa yang patut. Cuba bayangkan musuh politik sebenar iaitu UMNO Jahaman sebarkan ini pada masa yang terlalu hampir dengan PRU13. Apa akan jadi? Masa itu PAS hilang Negeri Kelantan, Tok Guru pencen MB dan Menantu Tok Guru akan dipecat dari jawatannya secara paling hina.

Surat Kepada Ustaz Azizan: Lekaslah Lantik Menantu!!!

Assalamualaikum Ustaz,

Harap-harap Ustaz sihat dan dengan kesihatan yang baik dapatlah Ustaz menjaga Negeri Kedah Darul Aman sehingga menjadi "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua". Di samping itu dapat jugaklah Ustaz membahagiakan keluarga-keluarga Ustaz, lantas mem-mem ustaz, anak-anak menantu serta cucu-cucu bertambah sayang pada Ustaz.

Saya ingin nasihatkan pada Ustaz, dalam Ustaz berkerja keras mentadbir Negeri Kedah, Ustaz janganlah lupa pada keluarga-keluarga Ustaz. Biarpun Ustaz terlalu sibuk hingga kurang meluangkan masa pada mereka tapi kasih sayang Ustaz tak boleh berkurang malah wajib ditambah-tambah.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menambah kasih sayang pada mem-mem dan anak menantu Ustaz? Caranya mudah. Ustaz lantiklah MENANTU Ustaz jadi Pengarah PKNK, Pengurus Besaq GLC-GLC Kedah (contoh KTPC) atau apa saja jawatan yang Ustaz anggap MENANTU Ustaz layak. 

Contohnya kalau MENANTU tu ada kelayakan spt BBA, lantiklah dulu jadi Pegawai Tadbir di PKNK. Lepas setahun penaiklah pangkat dia. Kemudian lantik terus dia jadi Pengarah Urusan KTPC.

Foto Ehsan KedahLanie

Ustaz,

Itulah cara yang paling baguih nak tunjukkan kasih sayang pada keluarga, terutamanya pada mem-mem Ustaz. Apabila Ustaz lantik MENANTU, secara otomatik anak Ustaz yang dinikahi oleh MENANTU akan seronok dan suka. Apabila anak seronok dan suka, mempun tentunya lagi seronok dan lagi suka, seterusnya lagiiiiiilah sayang kat Ustaz. Tapi jangan lupa Ustaz, Ustaz ada dua mem, jadi Ustaz kena lantik dua MENANTU!

Ustaz jangan takut tentang persepsi ahli dan penyokong PAS. Depa tu tau sebut PERSEPTI  saja tapi maknapun tak tau. Lagipun ahli dan penyokong PAS (kecuali aku) ni kebanyakkan "lembu dicucuk hidung" atau perumpamaan yang lebih baik depa semua macam "biri-biri di negeri Arab". Di mana biri-biri ni kalau sekoq ditarik telinga oleh gembala dan diheret jalan, maka yang lain-lain tu ikuuuuut saja tak dak bunyi uh-ah uh-ah cuma mengembek saja.

Lagi satu Ustaz, melantik MENANTU ini amalan yang baik. Islam tak tegah dan undang-undang negarapun tak halang. Saya bagi dua contoh. Bab Islam tak tegah macam amalan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz. Satu lagi Pak Lah Bedawi.

Lekaslah Ustaz buat apa yang saya cadang! Jangan terlepas macam Syeikh Besar Haji Hadi di Terengganu.. Dia tak sempat lantik MENANTU  sebab dia sibuk periksa "bukti rasuah BN & Wan Mokhtar yang berlori-lori" sehinggalah Deris Jusoh buang bukti sekali dengan lori-lori dalam sungai buat tapak Masjid Kristal. MB Nizarpun tak sempat juga, baru dapat MENANTU dua tiga hari negeri dirampas oleh UMNO Jahanam ganti dengan Keling Sial Zamry.

Akhir kalam, Ustaz tak payah fikir panjang-panjang, buatlah dengan segera.

Sekian, Wassalam.

LEE COPPER

MENANTU TOK GURU BUKAN TOK GURU!

Menantu Tok Guru bukan Tok Guru. Ahli dan penyokong PAS mau faham itu maksud.

Tengok sini Syeikh-syeikh semua!

Khamis, 12 November 2009

Hassan Ali Dah Lama Jadi MB Selangor Jika Baiah Talak Tiga Tak Wujud

Kalau tak berlaku baiah taklik cerai talak tiga atau apa saja yang sepatutnya... aku dah boleh bayangkan MB Selangor sekarang ini ialah Hassan Ali.

Silap-silap di Kedahpun si Mahadir Khalid dok jadi MB Kedah lagi lani. Ir Nizar pulak tak dan angkat sumpah jadi MB....

Kalau ada baiah itu pemimpin Pas mangaku sajalah. Oklah tu. Takkan malu kat orang lain kot. Aku yang selalu kutuk pemimpin PAS (demi kebaikan) amat setuju dangan cara ni.

Cuma aku rasalah..... dulu syeikh2 PAS banyak yang cakap besar "Wakil rakyat PAS semuanya komited dengan perjuangan parti dan mereka tak lompat parti, bukan macam PKR dan DAP".

Kononnya semua wakil rakyat PAS jadi calon dan jadi wakil rakyat betoi2 lillahi taala. Alih2 meletup cerita baiah. Malulah depa mana nak sembunyi muka2 hensem syeikh2 ni semua!