Jumaat, 13 November 2009

Surat Kepada Ustaz Azizan: Lekaslah Lantik Menantu!!!

Assalamualaikum Ustaz,

Harap-harap Ustaz sihat dan dengan kesihatan yang baik dapatlah Ustaz menjaga Negeri Kedah Darul Aman sehingga menjadi "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua". Di samping itu dapat jugaklah Ustaz membahagiakan keluarga-keluarga Ustaz, lantas mem-mem ustaz, anak-anak menantu serta cucu-cucu bertambah sayang pada Ustaz.

Saya ingin nasihatkan pada Ustaz, dalam Ustaz berkerja keras mentadbir Negeri Kedah, Ustaz janganlah lupa pada keluarga-keluarga Ustaz. Biarpun Ustaz terlalu sibuk hingga kurang meluangkan masa pada mereka tapi kasih sayang Ustaz tak boleh berkurang malah wajib ditambah-tambah.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menambah kasih sayang pada mem-mem dan anak menantu Ustaz? Caranya mudah. Ustaz lantiklah MENANTU Ustaz jadi Pengarah PKNK, Pengurus Besaq GLC-GLC Kedah (contoh KTPC) atau apa saja jawatan yang Ustaz anggap MENANTU Ustaz layak. 

Contohnya kalau MENANTU tu ada kelayakan spt BBA, lantiklah dulu jadi Pegawai Tadbir di PKNK. Lepas setahun penaiklah pangkat dia. Kemudian lantik terus dia jadi Pengarah Urusan KTPC.

Foto Ehsan KedahLanie

Ustaz,

Itulah cara yang paling baguih nak tunjukkan kasih sayang pada keluarga, terutamanya pada mem-mem Ustaz. Apabila Ustaz lantik MENANTU, secara otomatik anak Ustaz yang dinikahi oleh MENANTU akan seronok dan suka. Apabila anak seronok dan suka, mempun tentunya lagi seronok dan lagi suka, seterusnya lagiiiiiilah sayang kat Ustaz. Tapi jangan lupa Ustaz, Ustaz ada dua mem, jadi Ustaz kena lantik dua MENANTU!

Ustaz jangan takut tentang persepsi ahli dan penyokong PAS. Depa tu tau sebut PERSEPTI  saja tapi maknapun tak tau. Lagipun ahli dan penyokong PAS (kecuali aku) ni kebanyakkan "lembu dicucuk hidung" atau perumpamaan yang lebih baik depa semua macam "biri-biri di negeri Arab". Di mana biri-biri ni kalau sekoq ditarik telinga oleh gembala dan diheret jalan, maka yang lain-lain tu ikuuuuut saja tak dak bunyi uh-ah uh-ah cuma mengembek saja.

Lagi satu Ustaz, melantik MENANTU ini amalan yang baik. Islam tak tegah dan undang-undang negarapun tak halang. Saya bagi dua contoh. Bab Islam tak tegah macam amalan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz. Satu lagi Pak Lah Bedawi.

Lekaslah Ustaz buat apa yang saya cadang! Jangan terlepas macam Syeikh Besar Haji Hadi di Terengganu.. Dia tak sempat lantik MENANTU  sebab dia sibuk periksa "bukti rasuah BN & Wan Mokhtar yang berlori-lori" sehinggalah Deris Jusoh buang bukti sekali dengan lori-lori dalam sungai buat tapak Masjid Kristal. MB Nizarpun tak sempat juga, baru dapat MENANTU dua tiga hari negeri dirampas oleh UMNO Jahanam ganti dengan Keling Sial Zamry.

Akhir kalam, Ustaz tak payah fikir panjang-panjang, buatlah dengan segera.

Sekian, Wassalam.

LEE COPPER

2 ulasan:

  1. sedapnya bahasa anda

    UMNO "Jahanam" ganti dengan "Keling Sial" Zamry."

    budi bahasa budaya kita

    BalasPadam
  2. kami pihak admin kedahlanie ingin memohon kemaafan atas kesilapan backlink kan artikal ini.

    harap maafkanlah kami yg hina dina ini wahai sahabat.....

    so far dah di buat pembetulan atas artikal tersebut...

    BalasPadam

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.