Jumaat, 13 November 2009

Tahniah Tok Guru....

Pagi tadi lepaih dalam Kuliah Jumaat di Kota Bharu, Tok Guru Nik Aziz umumkan tak jadi menunaikan haji tahun ni. Aku ucapkan TAHNIAH! Tok Guru telah membuat keputusan yang betul dan tepat. Habih cerita. Tak payah ungkit lagi cerita haji tajaan. Tutup satu bab.

Ada lagi satu bab. Bab MENANTU. Aku dah tulis di sini. Aku tetap berpendirian bahawa Pak Mertua yang berkuasa TIDAK boleh melantik atau membiarkan dilantik MENANTU ke satu jawatan yang ada kaitan dengan kekuasaan Pak Mertua. Ulamak atau bukan ulamak Pak Mertua itu bukanlah satu alasan. Sepatutnya AKSB tidak lantik MENANTU sebagai Jurutera sejak dari mula lagi.

Persepsi itu lebih penting. Persepsi itu pulak dari pelbagai perspektif. Ariffahmi seorang Jurutera Awam Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan Ahli Institut Jurutera Malaysia (IEM), tentu faham maksud perspektif dan persepsi.

Seruan aku "Ir. ARIFFAHMI SILA LETAK JAWATAN".

Lagi satu, Tok Guru dan Menantu Tok Guru tidak perlu menyalahkan orang lain menyebarkan fitnah...... Tapi kesilapan Tok Guru dan kegelojohan Menantu Tok Guru itu menjadi punca Fitnah. Kalau orang yang dituding jari itu tidak sebarkan cerita ini, masih ada ramai lagi yang akan sebarkannya. Cerita ini sudah ada dalam poket mereka (UMNO Jahanam), dan mereka hanya menunggu masa yang sesuai untuk sebarkannya. Mungkin Allah SWT telah gagalkan perancangan mereka. Jadi jangan marah pada Kickdefella jika betul dia yang bawa mulut!

PAS dan Tok Guru bernasib baik cerita Haji Tajaan dan Menantu Tok Guru timbul sekarang. Bolehlah dibetulkan apa yang patut. Cuba bayangkan musuh politik sebenar iaitu UMNO Jahaman sebarkan ini pada masa yang terlalu hampir dengan PRU13. Apa akan jadi? Masa itu PAS hilang Negeri Kelantan, Tok Guru pencen MB dan Menantu Tok Guru akan dipecat dari jawatannya secara paling hina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sapa-sapa nak komen boleh komen. Tapi Haji Lee Copper tak bertanggungjawab atas komen-komen anda. Apabila anda komen bermakna anda yang bertanggungjawab dan sanggup terima akibat dari komen anda.